View: 4379|Reply: 0
|
Pertembungan Tyson dan Paul ditangguhkan
[Copy link]
|
|
Mike Tyson (kanan). FOTO Agensi
London: Pertembungan tinju antara Mike Tyson dan Jake Paul terpaksa ditunda selepas Tyson yang juga juara heavyweight dunia dari tahun 1987-1990 itu belum pulih sepenuhnya daripada masalah ulser.
Keputusan itu diumumkan penganjur selepas mengambil kira nasihat barisan pakar perubatan agar menangguhkan perlawanan itu yang dijadualkan berlangsung pada 20 Julai ini.
Tyson, 57, dalam satu temubual mengakui tidak sabar untuk kembali ke gelanggang dan perlawanan itu akan dijadualkan semula.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat saya di seluruh dunia atas sokongan dan pemahaman mereka selama ini.
"Malangnya, disebabkan ulser saya yang makin teruk, saya dinasihatkan oleh doktor untuk mengurangkan latihan selama beberapa minggu bagi membolehkan saya berehat dan pulih.
"Fizikal saya berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding sejak 1990an dan saya akan kembali ke jadual latihan penuh saya tidak lama lagi.
"Jake Paul, mungkin saya memberi anda masa yang lama (berlatih), tetapi pada akhirnya anda masih akan tersingkir dan tewas.
"Saya menghargai kesabaran semua orang dan tidak sabar untuk beraksi semula selewat-lewatnya sebelum hujung tahun ini," katanya yang akan bertarung dengan Paul, 30, yang juga Youtuber terkenal.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-paul-ditangguhkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|