CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3905|Reply: 0

Zii Jia sudah temui formula untuk menang

[Copy link]
Post time 3-6-2024 12:17 PM | Show all posts |Read mode

ZII Jia (kiri) muncul juara Malaysia Masters selepas tewas kepada Viktor Axelsen di pentas final, minggu lalu. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dilihat sudah menemui formula untuk mengutip mata kemenangan sekali gus memberi petanda positif kepadanya yang menjadi antara prospek bagi memenangi pingat di Sukan Olimpik Paris 2024.

Bekas jurulatih yang pernah membimbing Zii Jia ketika usia remaja, Kwan Yoke Meng berkata, beliau secara peribadi dapat melihat sendiri perubahan corak permainan Zii Jia sehingga membawa kepada kejayaannya muncul juara Terbuka Thailand, baru-baru ini.

Jelas bekas pemain negara yang membarisi skuad juara Piala Thomas 1992 itu, Zii Jia dilihat sudah kembali kepada corak permainan menyerang di mana itu sebenarnya adalah kekuatan utamanya.

"Sekarang kita dapat melihat banyak perubahan dilakukan dalam permainannya apabila dia kembali kepada corak permainan menyerang.


"Sebelum ini, dia nampak cuba memperbaiki kelemahannya tetapi dia lupa mengenai cara untuk mendapatkan mata. Sebenarnya kekuatannya untuk mendapatkan mata kemenangan adalah dengan corak permainan menyerang.

"Dia juga perlu bagus dalam aspek bertahan dan permainan di jaring yang mana kesemuanya perlu sempurna.

"Jika anda tidak menggunakan senjata anda, bagaimana anda mahu mengutip mata. Sekarang saya rasa dia mula sedar dan itu adalah petanda yang baik untuknya," katanya.

Prestasi Zii Jia yang kini menduduki ranking kesembilan dunia sememangnya meningkat serta konsisten selepas muncul juara Terbuka Thailand serta naib juara Masters Malaysia.

Sementara itu, selain Zii Jia, Yoke Meng melihat prospek untuk memenangi pingat di Olimpik turut terarah kepada beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

"Sebenarnya semua pemain Malaysia yang beraksi ada peluang untuk menang (pingat). Cuma mereka perlu capai kemuncak prestasi pada masa yang tepat.

"Selain itu, mereka perlu elak daripada mengalami kecederaan, kawal aspek mental dan segala-galanya perlu berada dalam keadaan terbaik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ormula-untuk-menang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.215180 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list