CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4266|Reply: 0

[Selangor] Lepas teh O ais RM11, tular pula milo RM16 secawan

[Copy link]
Post time 3-6-2024 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Resit pembayaran yang tular di Facebook hari ini.

PETALING JAYA – Belum reda isu secawan teh O ais yang dijual pada harga RM11, timbul pula kes milo ais bernilai RM16 secawan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai makan sama terletak di bangunan yang popular sebagai lokasi acara terbesar termasuk peringkat antarabangsa di negara ini.

Gambar resit pembayaran yang tersedar di Facebook itu memaparkan harga secawan milo ais adalah RM16, manakala dua lagi pilihan menu pencuci mulut masing-masing berharga RM7 dan RM11.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyifatkan kedai makan terbabit sememangnya menyasarkan pelanggan daripada golongan T20.

“Situ untuk yang pangkat Datuk, Datuk Seri, Datin. Kalau setakat rakyat marhaen, memang gigit jari la nak bayar,” kata Azizi.

“Sewa mahal kawasan situ, logiklah air mahal. Lepas itu memang bukan tahap B40 atau M40 nak lepak situ pun. Itu semua tempat T20 sahaja. Baik makan kat kedai tepi sungai, lagi sedap,” kata Nurain.

Dalam pada itu, ada beberapa netizen lain berseloroh menyifatkan peniaga menggunakan satu kilogram (1 kg) milo untuk hasilkan secawan minuman bersusu tersebut.

“Dia bancuh milo 1 kg sekali minum, itu yang mahal. Tak campur susu tin lagi,” seloroh Rahimah. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... -milo-rm16-secawan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.038857 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list