View: 4943|Reply: 0
|
Bunga Raya 15’s atur strategi lebih ampuh
[Copy link]
|
|
MALAYSIA perlu segera bangkit daripada kekalahan 5-55 di tangan Korea Selatan menjelang aksi bertemu Hong Kong pada 8 Jun ini.
KUALA LUMPUR – Skuad ragbi 15 sebelah (15’s) negara harus segera bangkit melupakan kekalahan pertama mereka ke atas Korea Selatan selepas tumbang 5-55 dalam aksi pembuka tirai Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 di Incheon semalam.
Skuad Bunga Raya 15’s harus menjadikan kekalahan tersebut sebagai iktibar dan perlu mengatur strategi lebih ampuh apabila mereka berdepan pasukan ranking No. 24 dunia, Hong Kong selepas ini.
Ketua jurulatih negara, Mohd. Farid Syazwan Abu Bakar berkata, banyak kerja rumah yang perlu dilakukan barisan jurulatih bagi aksi kedua bertemu Hong Kong di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 8 Jun ini sebelum berdepan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 21 Jun.
“Kita agak bergelut pada separuh masa pertama (menentang Korea) dan dua kad kuning yang dilayangkan kepada pemain kita menyebabkan momentum pasukan menurun pada separuh masa pertama.
“Kita cuba bangkit pada separuh masa kedua tetapi masih terdapat lagi beberapa kesilapan. Jadi, kami barisan jurulatih merasakan banyak lagi yang perlu diperbaiki sebelum bertemu Hong Kong dan UAE.
“Walaupun bukan keputusan yang kita harapkan, tetapi barisan jurulatih akan cuba sehabis baik untuk kekalkan motivasi pemain yang ada.
“Ia adalah tugas yang mencabar untuk barisan jurulatih buatkan pemain bangkit semula mengharungi dua perlawanan berikutnya,” katanya.
Anak-anak buah Syazwan terpaksa akur dengan kehebatan Korea Selatan yang berada di ranking No.30 dunia, apabila Malaysia hanya mampu mengutip lima mata menerusi ‘try’ yang dilakukan Shobrey Amok pada minit ke-48.
Pada edisi lalu, skuad Bunga Raya 15s dibelasah 3-27 oleh Korea Selatan dan 9-88 oleh juara bertahan Hong Kong. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... rategi-lebih-ampuh/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|