View: 2368|Reply: 0
|
Pilj belum serasi cuaca Malaysia
[Copy link]
|
|
MARIN Pilj semakin serasi bersama pasukannya. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Terengganu: Pemain import baharu Terengganu FC (TFC), Marin Pilj akui dia belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya lagi dengan cuaca panas di negara ini.
Bagaimanapun jelas 'arkitek' kelahiran Croatia itu yang sebelum ini menyarung jersi kelab Varazdin dalam liga negaranya, situasi itu bukan halangan buatnya untuk memperagakan aksi terbaik.
Jelasnya, dia kini dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sini biarpun akui memerlukan sedikit masa.
"Di sini (Malaysia) sekarang cuacanya agak panas berbanding ketika beraksi dalam Liga Croatia, namun ianya bukan alasan buat saya untuk tidak memperagakan aksi terbaik bersama TFC.
"Sekarang saya dalam proses menyesuaikan diri dengan cuaca di sini, dengan sokongan padu daripada rakan sepasukan dan juga peminat yang begitu menghargai, saya kini semakin serasi dengan cuaca di sini.
"Harapan dalam masa terdekat ini saya dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan cuaca di sini sekali gus dapat memantapkan lagi corak permainan bersama rakan sepasukan," ujar pemain import berketinggian 1.65 meter itu ketika dihubungi.
Ketika ditanya mengenai corak permainannya bersama dua lagi pemain import di posisi tengah iaitu Manuel Ott dan Nurillo Tukhtasinov, pemain import terakhir skuad Penyu itu akui trionya di posisi tengah itu kian meningkat.
Malah kata pemain yang menyarung jersi nombor 61 itu, dia juga gembira dapat bergandingan dengan pemain import dari Filipina dan Uzbekistan itu selain pemain tempatan.
"Walaupun baharu mengharungi tiga perlawanan liga, saya yakin dengan pasukan kami, malah saya juga kian serasi dengan rakan sepasukan di posisi tengah serta gembira bersama mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rasi-cuaca-malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|