View: 2813|Reply: 0
|
[Melaka]
Tukang cuci didenda RM4,000 rakam wanita dalam tandas
[Copy link]
|
|
FERI mengaku bersalah merakam aksi wanita di dalam tandas menggunakan telefon bimbitnya. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!
MELAKA – Perbuatan jijik seorang tukang cuci merakam aksi wanita di dalam tandas membawa padah apabila dia diperintahkan membayar denda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh warga Indonesia, Feri, 27, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja telah merakam seorang wanita tempatan berusia 24 tahun menggunakan telefon bimbit yang ketika itu mangsa sedang membuang air di dalam tandas.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 4.15 petang di tandas di tingkat satu sebuah kedai di Lorong Hang Jebat dalam daerah Melaka Tengah, 2 Jun lalu.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili Peguam Kent Tan Chow Teng merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan dia hanya bekerja sebagai tukang cuci dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan, selain telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan pihak polis.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri bagaimanapun memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.
Selepas mendengar hujah kedua belah pihak mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... anita-dalam-tandas/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|