View: 5441|Reply: 2
|
[Selangor]
Peguam siap sedia jika ibu bapa Zayn Rayyan dituduh, bebas esok
[Copy link]
|
|
Ibu bapa Zayn Rayyan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 7 Jun lalu untuk disambung reman. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!
PETALING JAYA – Peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin bersiap sedia sekiranya anak guamnya dituduh atau dibebaskan, esok.
Ia susulan tempoh reman kedua-dua pasangan berusia 28 tahun akan tamat selepas diberi tempoh reman kali kedua selama enam hari sejak 7 Jun lalu.
Peguam yang juga Bekas Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Fahmi Abd Moin berkata, pihaknya akan berada di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok bagi mengetahui status anak guamnya.
“Sekiranya pihak pendakwaan mendapati ada bukti kukuh untuk menuduh mana-mana suspek, suspek akan dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan.
“Pertuduhan boleh dilakukan pada hari sama reman Orang Yang Di Siasat (OYDS) tamat atau keesokannya bergantung kepada arahan AGC,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Fahmi, sehingga kini beliau masih belum dapat bertemu anak guamnya dan tidak menerima sebarang makluman daripada pegawai penyiasat.
Jelasnya, kali terakhir beliau bertemu dengan pasangan suami isteri itu adalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya ketika permohonan sambung reman ke atas mereka pada Jumaat lalu.
“Kita ada memohon untuk bertemu anak guam tetapi tiada maklum balas daripada pegawai penyiasat mungkin mereka mahu ruang melakukan siasatan, jadi kita faham,” jelasnya.
Fahmi berkata, keadaan keluarga kedua-dua pasangan itu tidak dinafikan berada dalam tekanan, namun mereka menyerahkan kepada siasatan polis.
“Tipu kalau kita kata tidak tertekan, mana ada keluarga yang tidak tertekan jika anak dan menantu mereka ditahan. Mereka sentiasa menanti siasatan yang dilakukan polis,” ujarnya.
Ujar Fahmi, masyarakat diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan ini dan menyerahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan.
“Ini kerana, pihak polis sedang berusaha keras untuk menjalankan siasatan dalam mendapatkan keadilan terhadap kematian Zayn Rayyan.
“Masyarakat perlu beri ruang kepada polis menjalankan siasatan berlandaskan proses undang-undang,” katanya.
Terdahulu, ibu Zayn Rayyan yang berada dalam tahanan reman polis dibawa ke Apartment Idaman, Damansara Damai bagi proses lakonan semula di lokasi kejadian.
Wanita berkenaan dibawa ke kediaman keluarga mereka sebelum ke lokasi tempat mayat kanak-kanak malang itu ditemukan.
Pada 7 Jun lalu, pasangan suami isteri masing-masing berusia 28 tahun telah disambung reman enam hari lagi dan akan tamat esok.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, terdapat percanggahan keterangan daripada ibu, bapa dan saksi antara sebab siasatan lanjut dilakukan polis.
Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan pelbagai usaha dalam lengkapkan kertas siasatan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... uh-dibebaskan-esok/ |
|
|
|
|
|
|
|
jueaz replied at 16-6-2024 12:54 PM
Byk nya page adik zayn
kann.. isu hot |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|