CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4725|Reply: 15

[Tempatan] Penyasaran subsidi diesel di Semenanjung: Bas sekolah tak terkesan, pengusaha tak patut naikkan tambang, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke

[Copy link]
Post time 11-6-2024 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Bas sekolah tak terkesan, pengusaha tak patut naikkan tambang - Loke

https://www.malaysiakini.com/news/708428

Diterbitkan:  Jun 11, 2024 4:53 PM
Dikemaskini: 4:53 PM



Pengusaha bas ekspres dan bas sekolah tidak sepatutnya menaikkan kadar tambang susulan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata hal ini kerana subsidi diesel terus diberikan kepada golongan itu menerusi kad fleet diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).


Anthony Loke Siew Fook

''…tidak sepatutnya berlaku (kenaikan tambang), subsidi diesel terus diberikan kepada pengusaha bas ekspres dan bas sekolah.

"Mereka tidak terkesan dari segi kenaikan harga diesel sebab pengusaha bas sekolah, bas ekspres ini sudah sedia terima subsidi. Jadi apa yang mendorong mereka menaikkan harga tambang," katanya pada sidang media selepas merasmikan 57th Asean Senior Transport Officials Meeting (STOM) di George Town hari ini.

Loke mengulas khabar angin berkaitan kemungkinan berlaku kenaikan tambang bas ekspres, bas sekolah dan bas persiaran susulan pengumuman kenaikan harga diesel di Semenanjung yang melebihi 50 peratus bermula pada Isnin.

Menurut Loke kadar tambang bas ekspres tidak boleh dinaikkan sesuka hati kerana ia adalah di bawah seliaan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

''Bagi bas sekolah, kita tidak kawal harganya cuma kita galakkan perbincangan antara pengusaha bas sekolah dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).



“Bas persiaran pula adalah untuk kegunaan pelancong asing dan bagi tujuan pelancongan bukannya kegunaan harian, jadi tidak ada subsidi untuk sektor pelancongan.

''Kos pelancongan di negara kita memang cukup kompetitif, mungkin ada sedikit kenaikan kos untuk pelancong asing namun saya rasa ia boleh diterima mereka," katanya.

Sementara itu, Loke berkata beliau bersedia memberi taklimat khusus kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura, susulan kenyataan bekas Perdana Menteri itu terhadap projek berkenaan.

Menurut Loke beliau menghormati Dr Mahathir sebagai pemimpin negara namun segala pandangan tentang projek berkenaan mesti berdasarkan fakta yang tepat.

"Saya tidak tahu sama ada beliau (Dr Mahathir) dapat maklumat benar atau tidak, tetapi biarlah bercakap berdasarkan fakta. Untuk mengatakan bahawa tidak ada pendedahan mengenai RTS, ini tidak betul.


Dr Mahathir Mohamad

''Kalau Tun mahu maklumat lengkap saya bersedia bagi taklimat khusus kepada beliau," katanya.

Semalam, Dr Mahathir dalam hantaran menerusi laman X mengulas berkaitan projek RTS Link yang sedang rancak dibina namun menyatakan tidak banyak laporan tempatan mengenai projek berkenaan.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeke? Saban tahun depa naikkan je bayaran van sekolah wlpn masa tu minyak takde kenaikan pun.
Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Diesel bas sekolah memang ada sabsidi tapi spare part kenderaan apa semua tetap mengalami naik harga.. Kos kehidupan individu juga naik.... Tokey & drebar tokey tentu nak tampung kenaikan kos tu semua dgn cara naikkan satu satunya sumber pendapatan mereka iaitu harga servis bas sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 06:04 PM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 11-6-2024 06:05 PM
Perwira2022 replied at 11-6-2024 06:02 PM
Diesel bas sekolah memang ada sabsidi tapi spare part kenderaan apa semua tetap mengalami naik harga ...

sila dengo cakap muntrikkk

dia suh buat amal jariah tu, bersedekahhhh .. tu kan bekalan bila sudah tiada di alam yg fana yini chuolssss
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Teksi kat sana pun ada subsidi kan uols? Masih dapat ka subsidi? Weols sini tadak. So kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tau plk mengelupor, tp tu suma lakonan semata dh naik nti pandai la spin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ingat depa akn ckp/jwb:
"baik pak menteri"
            KE???
           
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurm nampaknya naik la tambang
Apa2 je yg naik tak kira gaji gomen ke bil letrik ke air ke apa asalkan apa2 saja alami kenaikan automatissssss hat lain pun naik jugaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyolah tu.


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut x patut.. Masing2 da ada reason nk naikkan harga.. Skit2 smua naik la nnti...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:35 PM | Show all posts
Skuau replied at 11-6-2024 06:13 PM
dia ingat depa akn ckp/jwb:
"baik pak menteri"
            KE???

sepatunya boleh..kan tauke2 bos2 sokong dapig knela berganding bahu bekerjasama erat dgn menteri

ini mesia kita munya


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 11-6-2024 08:35 PM
sepatunya boleh..kan tauke2 bos2 sokong dapig knela berganding bahu bekerjasama erat dgn menteri
...

mau kuasa..misti mau kijasama..meniaga misti fikir mau untung maaaaa......
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinggal yang benak2 ubi, sewel2 ahim je yang masih sokong
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 10:04 AM | Show all posts
rega tiket bas express charted budak2 balik dr asrama utk raya haji ni pun dah naik pak menteri oiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 10:08 AM | Show all posts
saklahnye kt lembah klang ni, rata2 ku tgk bus/van kuning ada seketul 2 je, yg byk van personal acik2 pakcik2. depa ni sentiasa naikkan harga tambang bila hal kenaikan diesel mcm ni (wpon tiada kena mengena). sorang anak skrg dh ratus duit tambang nye
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 11:15 PM | Show all posts
"Loke berkata beliau bersedia memberi taklimat khusus kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura"

amboi, so that atuk tak continue spreading fake news ka? rampas ja hp dia kasi main dgn cucu ja tak boleh ka?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.070524 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list