CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6158|Reply: 0

[Johor] 99 pelajar keracunan makanan selepas makan 'ayam gunting'

[Copy link]
Post time 30-6-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode


Batu Pahat: Seramai 11 pelajar sebuah sekolah menengah di sini menerima rawatan pesakit luar di klinik kerajaan dan swasta Khamis lalu kerana sakit perut selepas mendakwa makan ayam gunting dan air balang di kantin sekolah itu.

Pada awalnya difahamkan seramai 99 pelajar mengadu sakit perut dan mengalami gejala keracunan makanan selepas menjamu selera di kantin sekolah pada hari berkenaan.

Susulan kejadian itu, pengusaha kantin sekolah juga diarah untuk menghentikan operasi, sementara siasatan sedang dijalankan.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon yang mengesahkan kejadian itu berkata siasatan sedang dilakukan.

Katanya, Jabatan Kesihatan Batu Pahat sedang mengumpul maklumat daripada pelajar terbabit serta ibu bapa mereka untuk membantu siasatan.

"Kami akan mengambil tindakan sewajarnya sebaik siasatan itu selesai," katanya kantin sekolah berkenaan ditutup sementara mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu, ibu bapa pelajar Tingkatan Tiga yang ditemui berkata, anak perempuannya jatuh sakit selepas makan 'ayam gunting' (ayam goreng dihiris nipis) dan 'air balang' (minuman kordial) dari kantin sekolah.

Pelajar terbabit mengalami simptom loya, sakit perut yang teruk, cirit-biri, dan muntah yang mendorong mereka segera ke klinik berdekatan dan kemudiannya didiagnosis dengan keracunan makanan.

Ibu bapa itu juga menyatakan, mereka mendapat arahan daripada pejabat kesihatan daerah untuk memberikan butiran simptom anak perempuannya bagi membantu siasatan.

Katanya, anaknya masih tidak sihat dan tidak dapat hadir ke sekolah hari ini.
Disiarkan pada: Jun 30, 2024 @ 2:10pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.265117 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list