CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45386|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kejayaan Ops Toksik dapat pujian ramai - Aminuddin

[Copy link]
Post time 14-7-2024 08:37 AM | Show all posts |Read mode

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (lima dari kiri) bersama pegawai agensi penguat kuasa negeri pada Majlis Apresiasi Agensi Penguatkuasaan Negeri Sembilan di Seremban, petang semalam. Foto Ihsan pejabat MB.


SEREMBAN: Kerajaan negeri tegas dalam menangani sebarang isu berkaitan keselamatan seperti pendatang asing tanpa izin (PATI), pencemaran alam sekitar, pencerobohan tanah dan kecurian sumber mineral di negeri ini.


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan dan amat menghargai agensi penguat kuasa negeri yang terbabit dalam beberapa siri operasi yang dijalankan sejak Januari lalu.

Katanya, Ops Toksik yang membabitkan aktiviti membanteras kegiatan mencemar alam sekitar yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat dilaksanakan agensi penguat kuasa negeri pada Mei lalu antara operasi yang paling mendapat perhatian orang ramai.

"Operasi Toksik ini adalah operasi bersepadu dengan kerjasama dari berbagai agensi bagi membanteras jenayah yang membabitkan pendatang tanpa izin, pencemaran, pencerobohan tanah dan kecurian sumber mineral.

"Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pegawai atau anggota agensi penguatkuasaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penugasan operasi bersepadu berkenaan yang menyaksikan operasi itu tular di media sosial dan mendapat pujian orang ramai.

"Kerajaan negeri sentiasa meneliti laporan yang disampaikan dan memberi sokongan penuh bagi segala bentuk tindakan yang dicadangkan agensi penguat kuasa," katanya pada Majlis Apresiasi Agensi Penguatkuasaan Negeri Sembilan, di Klana Resort di sini, petang semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Aminuddin berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu membabitkan kepentingan dan keselamatan rakyat negeri ini.

"Hal ini kerana aktiviti sebegini tidak sepatutnya berlaku dan saya harap agar isu seperti ini dapat dibendung dan mereka yang ditangkap dikenakan hukuman yang setimpal.

"Saya juga tidak akan teragak-agak untuk memecat mana-mana penguat kuasa yang turut berkompromi sebagaimana langkah yang diambil oleh Perdana Menteri untuk memecat mana-mana menteri yang didapati menyalahgunakan kuasa," katanya.

Beliau juga berharap kepada semua agensi penguatkuasaan negeri agar sentiasa berdiri teguh dengan prinsip integriti sepanjang melaksanakan tugas.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.898975 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list