CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34020|Reply: 0

Udang jadi penenang

[Copy link]
Post time 9-8-2024 09:23 PM | Show all posts |Read mode


UDANG hiasan dilihat banyak berjalan di dasar akuarium.


Ralit dan tenang. Demikian perasaan apabila melihat aksi sekumpulan udang hiasan Red Cherry Shrimp bergerak di dasar akuarium.

Memiliki tubuh yang sedikit melengkung, sepasang antena   panjang dan warna yang merah menyala berselang dengan kulit, terserlah keunikan hidupan air tawar ini di dalam akuarium yang dihiasi dengan pelbagai tumbuhan air hijau.

Kebanyakan masa, udang hiasan bersaiz antara satu hingga tiga sentimeter ini dilihat berkumpul di dasar akuarium.
Sesekali haiwan itu berenang kelihatan seperti sedang melompat untuk berpindah ke tempat lain.

Jadi tidak hairanlah, ada dalam kalangan peminat hidupan akuatik ini sanggup berbelanja besar untuk menjadikan udang hiasan unik ini sebagai haiwan peliharaan.




UDANG hiasan Red Cherry Shrimp lebih mudah dipelihara dan tahan lasak.


Salah seorang peminat udang hiasan adalah Muhammad Taufiq Abdullah yang mula memelihara haiwan unik itu air tawar ini sejak 2016.
Bapa kepada dua anak ini berkata, dia bermula dengan 10 udang Red Cherry Shrimp sebelum berjaya membiakkan sehingga 200 hingga 300 udang itu.

"Bermula sekadar hobi, saya cuba menjual dan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan peminat hidupan air di negara ini dengan dibantu isteri, Haryanti Sabu.

"Menerusi modal keuntungan itu, saya menambah akuarium dan pelbagai jenis udang hiasan sedikit demi sedikit termasuk dalam
spesies Neocaridina, Caridina dan Sulawesi.

"Kini saya mempunyai hampir 40 akuarium untuk menempatkan hampir 5,000 udang hiasan," katanya.



PENJAGAAN udang hiasan tidak rumit namun memerlukan ilmu supaya udang sentiasa sihat.

Menurutnya, udang hiasan ini terbahagi kepada banyak jenis yang mempunyai warna tersendiri termasuk
Neocaridina, Caridina dan Sulawesi.


"Cherry adalah kategori warna yang paling rendah dalam spesies Neocaridina dan sesuai untuk yang baru ingin berjinak-jinak kerana ia lebih lasak dan murah. Kebiasaannya, udang ini digunakan untuk menguji keadaan air sebelum memelihara udang berwarna lain.

"Selain itu udang ini makan pelbagai jenis makanan tenggelam seperti pallet khusus, alga, biofilm, daun mati dan sayur rebus
"Secara purata, jangka hayat udang hiasan antara setahun sehingga dua tahun," katanya.

Berkongsi berkenaan makanan udang hiasan, dia memberi makanan semula jadi seperti daun mulberry rebus atau dikeringkan yang ditanam sendiri yang lebih menjimatkan kos.

Baginya, keseronokan memelihara udang hiasan adalah hidupan akuatik ini lebih mudah membiak.
"Proses pembiakan biasanya berlaku antara sehari sehingga tiga hari.



TELUR boleh dilihat di dalam perut udang hiasan Neocaridina Orange Rili.


"Menariknya, kita boleh melihat 20 hingga 100 telur yang berada di dalam perut udang hiasan sebelum ia menetas secara berperingkat antara 25 sehingga 30 hari," katanya.

Muhammad Taufiq yang juga pemilik Miqa Shrimpy Store berkata, penjagaan air perlu amat dititik beratkan untuk memastikan udang hiasan sihat.

"Suhu bagi ekosistem air dalam akuarium perlu stabil pada 22 hingga 30 darjah Celcius bergantung kepada jenis udang.
"PH air pun adalah antara enam hingga lapan bergantung kepada jenis udang.

"Air perlu ditukar 10 hingga 15 peratus sahaja kerana udang ini sensitif terhadap perubahan air yang ketara. Biasanya air boleh ditukar antara tiga hingga empat minggu sekali bergantung pada saiz akuarium," katanya.

Beliau berkata, mereka yang berminat dengan udang hiasan, dinasihatkan membuat kajian mendalam berkenaan hidupan akuatik ini.
"Penjagaannya tidak rumit dan mudah namun memerlukan ilmu supaya keperluan udang hiasan ini dapat dipenuhi," katanya.

sumber





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.346726 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list