CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7270|Reply: 0

[Sarawak] Masalah penyalahgunaan dadah di luar bandar wajar ditangani dengan serius

[Copy link]
Post time 29-8-2024 02:33 PM | Show all posts |Read mode


Dennis (empat kiri) menyaksikan Suwapa (lima kanan) menyampaikan sumbangan kipas kepada Pastor Robert semasa program tersebut hari ini.

MIRI: Masalah penyalahgunaan dadah bukan sahaja perlu diberi perhatian serius di kawasan bandar, malah perlu merangkumi kawasan luar bandar, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau.

Katanya, kawasan luar bandar tidak mempunyai anggota polis atau pihak yang bertanggungjawab bagi menjaga keselamatan keseluruhannya terutama di kawasan kampung.

“Masalah dadah bukan hanya berlaku di bandar, tetapi juga berlaku di kawasan-kawasan kampung. Inilah yang menjadi kebimbangan kerana di kampung, tiada anggota polis atau mereka yang menjaga keselamatan orang ramai.

“Malah, mereka yang mempunyai masalah ketagihan dadah ini boleh menjadi ganas dengan melakukan sesuatu di luar kawasan sehingga memukul dan membunuh kerana otak sudah dipengaruhi,” jelasnya.

Dennis berkata demikian pada program ‘Quit Drugs: A Journey of Transformation’ bersama Pusat Pemulihan Dadah Kenosis Miri (Kenosis) di Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) hari ini.

Menurut Dennis, kerjasama kesemua pihak penting dalam melakukan sesuatu untuk pemulihan dadah bagi membantu melengkapkan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Justeru beliau menghargai usaha program jangkauan yang dilaksanakan oleh Curtin Malaysia yang turut mendapat kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Terima kasih Curtin Malaysia, SEB dan juga Kenosis kerana melahirkan idea sebgini dalam memberi kesedaran kepada masyarakat setempat khususnya di Curtin ini.

“Program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang bukan sahaja di sekitar Miri tetapi panjangkan usaha sebegini ke kawasan luar bandar seperti yang saya nyatakan tadi masalah penyalahgunaan dadah turut berlaku di kawasan-kawasan kampung,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dennis turut menegaskan kepada generasi muda agar tidak terjerumus dalam penyalahgunaan dadah.

Katanya walaupun mempunyai masalah, dadah bukanlah jalan penyelesaian tetapi hanya akan memberi masalah yang lebih besar.

“Kita sekarang hidup berteraskan pendidikan dan kita bertuah kerana mempunyai pendidikan yang baik disediakan.

“Oleh itu, ingin saya tegaskan kepada anak-anak muda, janganlah sesekali menyentuh dadah kerana anda mempunyai masa depan cerah dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Jika ada masalah, berbincanglah dengan ibu bapa, pensyarah, guru atau mereka yang anda percaya dan yakin.

"Dadah bukan penyelesaian tetapi akan menambah kepada masalah yang lebih banyak,” ujarnya.

Dennis turut mengingatkan masyarakat setempat agar terus bersama memerangi dadah yang menjadi musuh utama negara.

Pada program berkenaan, beliau turut menyaksikan sumbangan kipas yang disampaikan oleh Curtin Malaysia kepada Kenosis bagi kegunaan di pusat pemulihan terbabit.

Hadir sama, Pengurus Jangkauan Komuniti Curtin Malaysia Suwapa Jitman, Jurutera Kanan Bahagian SARES SEB Gregory Daud Rubi, Pengarah Operasi Kenosis Sarawak Pastor Robert Danor serta tetamu kehormat yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.044629 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list