CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8805|Reply: 0

[Sarawak] Sokong arahan bayaran balik bagi kelewatan lima jam penerbangan

[Copy link]
Post time 29-8-2024 02:41 PM | Show all posts |Read mode


HEE

MIRI: Arahan untuk syarikat penerbangan menjelaskan bayaran balik penuh bagi kelewatan lima jam atau lebih penerbangan kepada penumpang mendapat sokongan Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sarawak.

Ketuanya Peter Hee berkata, pelaksanaan arahan baharu itu membuktikan komitmen kerajaan mengutamakan hak dan menyuarakan aduan pengguna.

"Pendekatan proaktif ini mengukuhkan dedikasi kita untuk memastikan setiap penumpang dilayan dengan adil dan dengan rasa hormat, terutamanya ketika berdepan situasi yang tidak dijangkakan," jelas Hee.

Syarikat penerbangan dikehendaki menawarkan pengguna pilihan bayaran balik penuh bagi kelewatan penerbangan lima jam atau lebih kepada penumpang yang tidak mahu meneruskan perjalanan mereka, berkuat kuasa 2 September ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, perkara itu antara penambahbaikan baharu dalam Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) dilaksanakan Kementerian Pengangkutan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang bakal diwartakan September ini.

Menurut Hee, polisi itu bukan sahaja menunjukkan akauntabiliti tetapi juga menetapkan permulaan kepada standard yang lebih baik dalam industri penerbangan.

"Kita percaya bahawa inisiatif ini akan menggalakkan syarikat penerbangan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan perkhidmatan pelanggan mereka, akhirnya memberi manfaat kepada semua penumpang," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.378499 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list