CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17213|Reply: 0

[Sabah] IamNeeta bakal keluar single baharu ‘Sahabat’, tribute untuk Kayla

[Copy link]
Post time 20-9-2024 03:27 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: IamNeeta merakamkan gambar kenangan bersama pengunjung selepas melakukan persembahan di acara Riuh Bah! di sini.

KOTA KINABALU: IamNeeta bakal melancarkan single baharu bertajuk Sahabat sebagai tribute untuk anak sulung gitaris kumpulan itu Patrick Anohada.

Vokalis kumpulan Neeta Manishaa berkata, lagu terbabit sebenarnya sudah ada dalam rekod simpanan kumpulannya sejak lima tahun lalu bagaimanapun belum direkodkan sehingga kini.

“Lirik dan melodi lagu sudah ada dan kita hanya perlu menjalankan sesi penyesuaian vokal yang akan diberikan sama ada kepada saya atau Patrick mengikut kesesuaian.

“Lagu ini akan dijadikan sebagai single terbaharu IamNeeta dan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini,” katanya semasa ditemui selepas memberikan persembahan dalam acara Riuh Bah! yang berjaya menarik kehadiran lebih 35,000 pengunjung di sini baru-baru ini.
Turut hadir bass kumpulan, Anas Zakwan.
Sementara itu, Patrick berkata, walaupun lagu itu belum siap sepenuhnya, tetapi ia menjadi kegemaran mendiang anak sulungnya, Kayla.

“Kayla selalu mendengar saya berlatih muzik di rumah dan Sahabat adalah lagu yang sangat digemarinya sehingga boleh meghafal setiap melodi dan lirik lagu terbabit.

“Disebabkan Sahabat adalah sebuah lagu yang lebih bertemakan kegembiraan dan lebih digemari oleh kanak-kanak menyebabkan Kayla menyukainya.

“Sebelum pemergiannya, kami ada merekodkan video bersama dan menyanyikan lagu ini, sedikit sebanyak ini adalah kenangan terindah yang boleh saya gunakan untuk mengubat kerinduan kepadanya,” katanya.

Bercakap lanjut beliau berkata, dia akan berusaha untuk menyiapkan lagu ini sebagai memperingati anak sulungnya lebih-lebih lagi Kayla lebih sinonim terhadap bidang nyanyian.

“Setiap kali saya melakukan persembahan, isteri saya, Jevy, Kayla dan anak bongsu kami, Alayna Ivelle sering ikut bersama, hari ini selepas persembahan kehilangannya begitu terasa sehingga saya menangis atas pentas semasa persembahan.

“Tetapi apa yang penting kita perlu menampilkan sikal profesional semasa kerja dan terima kasih dengan ahli kumpulan, keluarga serta rakan-rakan dan paling penting peminat yang sering memberikan sokongan kepada saya untuk terus tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

Sementara itu, Neeta berkata, menjelang penamatan kontrak kumpulannya hujung tahun ini, mereka akan memikirkan perancangan bersama yang akan dilakukan tahun hadapan.

“Kita akan mengambil masa bersama dan duduk berbincang, konsert tour salah satu yang  IamNeeta akan laksanakan tetapi kita perlu melakukan perancangan rapi dan tidak mahu buat sekadar ada agar tidak mengecewakan peminat,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.858391 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list