CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21382|Reply: 0

[Sarawak] Pesta Kanowit pelihara budaya tonggak identiti rakyat Sarawak

[Copy link]
Post time 21-9-2024 01:10 AM | Show all posts |Read mode


Aaron (kanan) menyambut ketibaan Dr Sim ketika majlis perasmian Pesta Kanowit dan Tebingan Kanowit, hari ini.

KANOWIT: Penganjuran Pesta Kanowit mengiktiraf dan memelihara budaya serta warisan setempat yang menjadi tonggak identiti masyarakat di Sarawak.

Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata, pesta tersebut menekankan kepentingan dalam merayakan sejarah dan tradisi pelbagai etnik di negeri ini.

"Pesta Kanowit bukan sahaja memperingati warisan, tetapi juga mengukuhkan perpaduan dan keamanan dengan mengiktiraf sumbangan budaya yang membentuk identiti rakyat Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Kanowit 2024 dan Tebingan Kanowit (Kanowit Waterfront), hari ini.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana dan ADUN Machan Allan Siden Gramong.

Menurutnya, pelbagai acara menarik dianjurkan sepanjang pesta itu, termasuk perlumbaan Kanowit Power Boat, Kanowit RC Boat Challenge, pesta ria dan pertandingan Ratu Pesta Kanowit.

"Acara yang berlangsung selama tiga hari dari 20 hingga 22 September ini menampilkan pelbagai aktiviti tradisional dan moden, sekali gus memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum," tambahnya.

Beliau juga berkata aktiviti seperti Jualan Rahmah, pameran agensi kerajaan dan Majlis Tradisi (Adat Miring) juga menjadi tarikan pengunjung.

Aaron menambah penganjuran pesta itu selari dengan inisiatif 'Ini Warisan Kita' yang dilancarkan oleh Kementerian Perpaduan Negara tahun lalu, sebagai sebahagian daripada program Kembara Perpaduan Malaysia MADANI.

"Inisiatif ini bertujuan menyemarakkan semangat cinta kepada tanah air dengan menghargai kepelbagaian khazanah budaya yang diwarisi," jelasnya.

Beliau turut memaklumkan Tebingan Kanowit yang menelan belanja RM5.3 juta dan siap pada April 2023 merupakan projek mercu tanda baharu daerah tersebut.

"Lokasi ini dijangka menjadi pusat tumpuan aktiviti pelancongan, rekreasi dan sosioekonomi di Kanowit," katanya lagi.

Aaron turut optimis Pesta Kanowit akan terus berkembang dan menjadi simbol perpaduan serta keharmonian masyarakat, selain memperkasakan ekonomi tempatan melalui industri pelancongan.

"Pesta ini adalah platform penting untuk mempromosikan kekayaan budaya kita. Setiap elemen pesta ini mencerminkan kepelbagaian etnik, agama, dan bangsa yang unik di Sarawak," tambahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.638212 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list