Gambar hiasan BERNAMA
BINTULU: Barisan Nasional (BN) hari ini menafikan kenyataan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang mengaitkan nama mereka dalam kenyataan yang dikeluarkan pada satu majlis makan malam anjuran parti berkenaan di Bintulu, baru-baru ini.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan media hari ini berkata, beliau merujuk kepada laporan berita daripada Utusan Borneo Online bertarikh 17 September 2024 dengan tajuk 'TERAS mahu jadi parti politik terbesar di Sarawak' yang cuba mengaitkan BN dengan perkara itu adalah amat dikesali.
"BN dengan tegas tidak pernah membenarkan mana-mana pihak untuk menggunakan nama parti atau lambang 'dacing' tanpa merujuk kepada Dewan Tertinggi BN," jelasnya.
BN juga katanya, tidak pernah berbincang atau mengetahui langkah-langkah yang dibuat seperti kenyataan di dalam laporan itu.
|