CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38406|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Padah joli duit warga emas

[Copy link]
Post time 11-11-2024 06:25 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Pilah: Akibat berjoli sakan menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) milik seorang warga emas bulan lalu, tiga sahabat didenda RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Nur Azlina Abdullah, 23; Nur Natra Nabila Mohd Zahidi, 21 dan Muhammad Sharul Azmeer Mohd Sani, 24 membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, mereka bersama-sama didapati dengan curangnya menyimpan harta curi iaitu sekeping kad MyDebit milik seorang wanita berusia 83 tahun di mana tertuduh ada sebab untuk mempercayai bahawa harta itu adalah harta curi.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 29 Oktober lepas jam lebih kurang 11.10 malam di Jalan Chengkau Astana Raja, Rembau.

Oleh yang demikian, tertuduh melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Mahkamah turut menetapkan hukuman tujuh bulan penjara sekiranya kesemua tertuduh gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zainudin manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norfazrin Jamal.

Mengikut fakta kes, anak wanita warga emas itu menyedari kad ATM ibunya hilang selepas mendapat mesej yang memaklumkan terdapat pelbagai transaksi daripada kad itu sebelum membuat laporan polis.

Hasil siasatan mendapati kad ATM milik pengadu dijumpai di sebuah rumah salah seorang tertuduh di Rembau bersama resit lain.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh didapati menggunakan duit wanita itu untuk tujuan peribadi iaitu membeli emas bernilai RM940, membeli minuman di sebuah kedai minuman francais RM33.30 dan menempah hotel di Rembau dengan harga RM80.


Disiarkan pada: November 11, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.343435 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list