CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69480|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang meninggal dunia

[Copy link]
Post time 16-11-2024 12:47 AM | Show all posts |Read mode
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang meninggal dunia

BERNAMA



ALLAHYARHAM Tan Sri Dr Ibrahim Saad.



Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Ibrahim Saad, 78, meninggal dunia pada 6.30 petang tadi di Hospital Pakar Damansara di sini akibat komplikasi pernafasan.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak lelaki Allahyarham, Datuk Zairil Ayu Ibrahim, 49, ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata bapanya mengalami serangan jantung dan telah menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dua minggu lalu.

"Selepas keluar dari hospital baru-baru ini, beliau kelihatan beransur baik namun semalam beliau mengadu sakit sukar bernafas semasa di rumah di Taman Tun Dr Ismail sebelum dibawa ke hospital.

"Beliau cuba diselamatkan tetapi tidak sempat," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Sri Zainab Abdul Kadeer, 76, dan lima cahaya mata iaitu dua lelaki dan tiga perempuan.

Jenazah Allahyarham dijangka dimandikan dan disolatkan di Masjid At-Taqwa, TTDI sebelum dibawa untuk pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada 9 pagi esok.

Karier politik Allahyarham bermula sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1983.

Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya selama dua penggal bermula 1986 dan pernah menjadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor pada 1995.

Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada 1990 hingga 1995 dan kemudian menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1995-1999) dan Timbalan Menteri Pengangkutan (1999).

Selain itu, Allahyarham juga pernah memegang jawatan Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) pada 2005 hingga 2007 dan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (2007-2009).



Disiarkan pada: November 15, 2024 @ 10:30pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1155510/bekas-timbalan-ketua-menteri-pulau-pinang-meninggal-dunia




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.070739 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list