CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67290|Reply: 0

[Kedah] Hampir 900,000 penumpang guna Jeti Kuah tahun ini

[Copy link]
Post time 16-11-2024 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Hampir 900,000 penumpang guna Jeti Kuah tahun ini

Oleh Hamzah Osman - November 16, 2024 @ 11:07am[email protected]




Sebahagian peserta yang menyertai Program Gotong-Royong Silaturahim di Terminal Penumpang Feri Kuah, Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman




LANGKAWI: Terminal Penumpang Feri Kuah (TPFK) di sini mencatatkan pergerakan masuk 883,595 penumpang ke pulau ini dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Jumlah itu menurun sebanyak 9,101 penumpang atau 1.03 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi, Zulkifli Abdullah, berkata, berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia (JLM), prestasi TPFK dilihat masih positif dalam memacu sektor pelancongan tempatan.

"Seramai 883,595 penumpang telah masuk ke pulau ini menerusi TPFK mulai Januari hingga September lalu dengan pecahan 863,078 adalah penumpang domestik, manakala 20,517 antarabangsa.

"Dipengaruhi beberapa faktor, angka itu menurun sedikit berbanding tahun lalu, iaitu 892,696 penumpang," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Gotong-Royong Silaturahim di pekarangan TPFK di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, antara faktor yang menyebabkan penurunan pergerakan penumpang di TPFK adalah jadual perjalanan feri yang kurang stabil susulan alur pelayaran cetek di Kuala Perlis dan perubahan cuaca luar jangka.

TPFK adalah antara tiga pintu masuk utama ke pulau ini, selain Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di Padang Matsirat dan Dermaga Tanjung Lembung (DTL) di Bukit Malut.

Mengulas program hari ini, Zulkifli berkata, seramai 200 peserta menyertai gotong-royong anjuran Persatuan Kereta Sewa Jeti Langkawi (PKSJL) yang disokong oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta sekitar Langkawi.

"Program ini menjadi platfrom terbaik dalam memupuk perpaduan komuniti, agensi kerajaan dan swasta, selain memperindahkan pintu masuk utama ke pulau ini menjelang kempen Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1324548/hampir-900000-penumpang-guna-jeti-kuah-tahun-ini





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.049603 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list