CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67757|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM turun ke sekolah tangani isu vape pelajar - Fadhlina

[Copy link]
Post time 16-11-2024 02:00 PM | Show all posts |Read mode
KPM turun ke sekolah tangani isu vape pelajar - Fadhlina

MOHD ISKANDAR OTHMAN
16 November 2024 01:41pm




Fadhlina (tengah) bergambar bersama peserta Majlis Penutupan Program My Lesen (B2) Tahun 2024 Parlimen Nibong Tebal.




NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu gejala vape yang tidak terkawal dalam kalangan pelajar sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, isu vape dalam kalangan pelajar sekolah memberi kesan dan implikasi kepada mereka namun usaha menangani gejala berkenaan memerlukan peranan semua pihak khususnya ibu bapa.


"Kita perlukan bantuan ibu bapa untuk mengambil tanggungjawab, memerhatikan dan memastikan anak-anak mereka selamat ketika di rumah dan melihat aktiviti-aktiviti yang mereka terlibat.

"Pengambilan vape ini menjadi satu kesalahan besar dalam disiplin di peringkat sekolah dan kita sedang tangani secara besar-besaran khususnya dengan pendekatan turun ke sekolah-sekolah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program My Lesen (B2) Tahun 2024 Parlimen Nibong Tebal.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli.

Baru-baru ini media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Dua di Kangar cedera selepas terjatuh dari bumbung sekolahnya dipercayai akibat khayal selepas menghisap vape.

Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Ariffin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi di bangunan sekolah berkenaan.

Pelajar itu dikatakan menghisap vape dalam kelas ketika hujung waktu rehat sesi pembelajaran di sekolah dan berasa khayal.


Dia kemudian turun dari tingkat satu bangunan melalui bumbung, namun akibat rasa khayal dia terjatuh ke tanah dan mengalami luka ringan di kakinya.

Mengulas lanjut, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, Ketua Pengarah KPM akan turun ke sekolah-sekolah untuk bertemu dengan pelajar bagi mengingatkan mereka tentang disiplin-disiplin yang perlu mereka perhatikan.


"Selain daripada buli, soal rokok, soal vape dan ponteng sekolah akan menjadi sebahagian daripada intervensi besar dalam gerakan kita menangani isu-isu sosial di peringkat sekolah," katanya lagi.


https://www.sinarharian.com.my/article/696911/berita/nasional/kpm-turun-ke-sekolah-tangani-isu-vape-pelajar---fadhlina


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.041199 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list