CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20698|Reply: 0

[Perlis] Lempar dadah melepasi tembok sempadan Malaysia-Thailand

[Copy link]
Post time 20-11-2024 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Lempar dadah melepasi tembok sempadan Malaysia-Thailand

Aizat Sharif[email protected]




ISMAIL Hashim (tengah) menunjukkan sebahagian rampasan ganja, rokok seludup dan minuman keras bernilai RM314,276.40 dengan jumlah cukai sebanyak RM333,976.54 pada sidang media di Pejabat JKDM Perlis. FOTO Luqman Hakim Zubir




Kangar: Sindiket penyeludupan dadah negara jiran dikesan menggunakan taktik melempar bungkusan dadah melepasi tembok sempadan Malaysia-Thailand yang terdapat di kawasan Kuala Perlis.

Taktik itu dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Perlis susulan penemuan 30 ketulan mampat disyaki ganja bernilai RM93,000 yang ditinggalkan di kawasan tembok sempadan berkenaan di Bukit Batu Putih, Kuala Perlis pada 12 November lalu.

Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim berkata, ia dikesan jam 8.30 malam apabila anggota kastam dari Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis menerima maklumat mengenai kegiatan penyeludupan di lokasi berkenaan.

Katanya, pasukan itu menemukan dua bungkusan guni berwarna putih berisi dadah disyaki ganja yang ditinggalkan berhampiran pagar sempadan.

"Kita percaya ia dilempar masuk melepas tembok sempadan oleh sindiket penyeludupan dari negara jiran itu.

"Kawasan penemuan berkenaan adalah sekitar satu kilometer dari Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara," katanya kepada pemberita di Pejabat JKDM Negeri Perlis di sini, hari ini.

Katanya, pemeriksaan rapi terhadap bungkusan itu mendapati terdapat 30 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja yang dianggarkan berat sebanyak 30.145 kilogram (kg) bernilai RM93,000.

"Kita percaya dadah itu dilemparkan beberapa jam sebelum ditemukan dan percaya ia adalah modus operandi yang digunakan sindiket penyeludupan untuk dipasarkan ke kawasan Lembah Klang.

"Kawasan penemuan bungkusan itu agak terpencil tetapi terkenal dalam kalangan penyeludup untuk membawa masuk dadah dan pendatang asing tanpa izin dari negara jiran," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan jumlah berat ganja yang diperolehi itu, rampasan berkenaan berjaya membanteras daripada pengedaran kepada lebih 150,000 orang penagih dadah," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B9(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 kali sebatan sekiranya tidak dihukum mati," katanya.

Ismail berkata, berdasarkan statistik terdapat kenaikan dari segi nilai dadah yang dirampas oleh pihaknya sejak 2021 membabitkan nilai rampasan lebih RM5 juta.



Disiarkan pada: November 20, 2024 @ 1:30pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1157057/lempar-dadah-melepasi-tembok-sempadan-malaysia-thailand




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.058334 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list