CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32917|Reply: 5

[Tempatan] [VIDEO] Duda berkhalwat kali ketiga dihukum sebatan dalam masjid. #2, Tukang rumah individu pertama di Terengganu disebat di khalayak ramai

[Copy link]
Post time 20-11-2024 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 20-11-2024 07:52 AM

[VIDEO] Duda berkhalwat kali ketiga dihukum sebatan dalam masjid

https://www.kosmo.com.my/2024/11/20/duda-berkhalwat-kali-ketiga-dihukum-sebatan-dalam-masjid/

Oleh MOHD AZLI ADLAN
20 November 2024, 2:51 pm


  

Mohd. Affendi (tengah) dihukum enam sebatan di dalam masjid atas kesalahan berkhalwat berulang di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang duda anak lima yang tidak serik berkhalwat buat kali ketiga bakal menjadi pesalah pertama dikenakan hukuman sebat di dalam masjid apabila dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Hakim Kanan Syarie, Kamalruazmi Ismail memerintahkan Mohd. Affendi Awang, 42, dikenakan enam kali sebatan selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Beliau berkata, perintah sebatan tersebut akan diadakan di khalayak ramai di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang di sini selepas solat Jumaat pada 6 Disember depan.

Kamalruazmi juga memerintahkan Mohd. Affendi yang merupakan tukang rumah juga dikenakan denda RM4,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayarnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa bersama seorang wanita berusia 52 tahun yang bukan isteri dan mahramnya yang menimbul syak perbuatan tidak bermoral pukul 1.40 pagi, 16 Jun lalu.

Perbuatan pasangan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Pengkalan Ranggon, Kemaman.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang memperuntukkan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara boleh dikenakan bagi kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Kosmo! 20 Februari lalu melaporkan Mohd. Affendi menjadi pesalah pertama dikenakan hukuman sebatan atas kesalahan melakukan kesalahan khalwat berulang oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2024 03:51 PM | Show all posts
Tukang rumah individu pertama di Terengganu disebat di khalayak ramai

https://www.freemalaysiatoday.co ... -di-khalayak-ramai/

FMT Reporters
20 Nov 2024, 03:45 PM


Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Kamalruazmi Ismail memerintahkan hukuman sebatan dijalankan selepas solat Jumaat 6 Dis ini di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu.

Tertuduh turut didenda RM4,000 atau enam bulan penjara, jika gagal membayar denda.

PETALING JAYA: Seorang tukang rumah menjadi individu pertama di Terengganu disebat di khalayak ramai atas kesalahan khalwat berulang.

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman enam sebatan terhadap Mohd Affendi Awang, 42, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.

Dia turut dikenakan denda RM4,000 atau enam bulan penjara, jika gagal membayar denda.

Hakim memerintahkan hukuman sebatan dijalankan selepas solat Jumaat 6 Dis ini di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, sebaik tempoh rayuan tamat.

Kamalruazmi dalam penghakimannya berkata, dalam menjatuhkan sebarang hukuman, matlamat utama dalam syariat dan daripada segi agama adalah memberi pengajaran, pendidikan dan pencegahan supaya perkara sama tidak berulang ke atas tertuduh serta sebagai peringatan pencegahan ke atas orang awam secara amnya.

“Seorang mukmin itu tidak jatuh dalam lubang sama sebanyak dua kali. Kamu (Affendi) pernah disebat dan dipenjara, tetapi buat lagi (berkhalwat). Hukuman kali pertama (sebatan kerana khalwat) sepatutnya sudah memberi keinsafan,” katanya menurut Harian Metro.

Hukuman sebat dijatuhkan ke atas tertuduh kerana ia kesalahan ketiganya.

Tertuduh pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Kemaman pada 11 Julai 2023.

Bapa kepada lima anak itu mengulangi kesalahan sama pada 25 Jan lalu yang menyaksikan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman empat sebatan, denda RM3,000 atau enam bulan penjara, jika gagal membayar denda pada 19 Feb lalu.

Tertuduh merupakan pesalah khalwat pertama di Terengganu dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kerana melakukan kesalahan khalwat berulang.

Menurut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) ( Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan sebatan sehingga enam kali, denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara berkuat kuasa 1 Jan lalu.

Tertuduh didakwa melakukan khalwat bersama seorang wanita 52 tahun di sebuah rumah di Kemaman pada 1.40 pagi 16 Jun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ketegaq..
da dapat hukuman kali pertama dan kedua tu patut amik iktibar, eh dia buat pulak yg ketiga..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi sampai tiga kali..hobi masa lapang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ditgkap bersama wanita berumur 52y ???
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
terdesak beno.. 52 yo.. Omomo
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.429521 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list