View: 34172|Reply: 1
|
[Tempatan]
“Saya banyak baca strategi perang”, kata Raja Formula Rafizi Ramli
[Copy link]
|
|
“Saya banyak baca strategi perang” – Rafizi
https://www.kosmo.com.my/2024/11 ... tegi-perang-rafizi/
Oleh ZULKIFLI MANZOR
20 November 2024, 4:04 pm
Rafizi
PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberitahu, beliau banyak membaca mengenai strategi perang termasuk cara infantri, artileri dan ‘cavalry’ disusun untuk peperangan.
Kata Rafizi, jeneral akan menghantar infantri terlebih dahulu, manakala pihak lawan selalunya akan membalas dengan artileri dalam sesebuah peperangan.
“Pasukan ‘cavalry’ adalah pasukan elit berkuda yang masuk akhir sekali dan akan menamatkan pertempuran pertempuran. Itu 1,000 tahun dahulu.
“Sekarang infantri, artileri dan ‘cavalry’ masih wujud dalam angkatan tentera moden, tetapi konsepnya berbeza,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Rafizi berkata, beliau berharap tiada pihak berasa sakit hati dengan mempersoalkan Menteri Ekonomi tiada kaitan dengan infantri, artileri dan ‘cavalry’.
Ujar beliau, peruntukan untuk membeli peralatan ketenteraan akan kembali kepada Kementerian Ekonomi, maka menjadi tanggungjawabnya untuk memahami secara mendalam. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kementerian ekonomi bertanggungjawab utk beli alat tentera.
aku tak nampak logik. tak nampak langsung. |
|
|
|
|
|
|
| |
|