CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19037|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak tetap meneruskan peperiksaan

[Copy link]
Post time 28-11-2024 03:20 PM | Show all posts |Read mode


Sagah ketika melakukan simbolik perasmian iCERI2024 di Kuching, hari ini. -Gambar UKAS
  • Penilaian Standard DLP bagi murid Tahun Enam, pelajar Tingkatan Tiga di Sarawak diteruskan untuk menilai tahap pendidikan mereka

Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan meneruskan pelaksanaan Penilaian Standard Program Dwibahasa (DLP) bagi murid Tahun Enam dan pelajar Tingkatan Tiga untuk menilai tahap pendidikan mereka.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, penilaian ini perlu dilaksanakan lebih awal kerana adalah tidak wajar menunggu sehingga peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengetahui pencapaian mereka.

“Mungkin pihak sana (kerajaan persekutuan) mempunyai pandangan berbeza tetapi bagi Sarawak, kita berpendapat bahawa penilaian diperlukan untuk mengenal pasti tahap pendidikan anak-anak kita.

"Kita tidak boleh menunggu sehingga Tingkatan Lima untuk SPM, kerana pada waktu itu ia sudah agak lewat.

"Jadi, lebih awal kita melaksanakannya (penilaian standard DLP) maka ia semakin baik, kerana memberi peluang untuk kita memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan 2024 (iCERI2024) anjuran MEITD, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak (IPGMKTAR) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPN) di sini, hari ini.

Sagah berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bagi mengurangkan tekanan murid.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek semasa persidangan Dewan Rakyat kelmarin berkata, kementeriannya kini mengambil pendekatan agar tumpuan pembelajaran di sekolah berasaskan inquiry (pertanyaan), eksplorasi, pengalaman, contextual (mengikut konteks) serta pentaksiran yang sepenuhnya melihat kepada pembangunan holistik murid.

Mengulas lanjut Sagah berkata, penilaian standard ini bukan sahaja membantu pendidik bahkan juga ibu bapa untuk menilai prestasi anak-anak mereka.

"(Dan) pada masa sama membantu mereka dalam menentukan kursus atau bidang yang sesuai untuk masa depan selain mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki.

“Itulah sebabnya mengapa kita mahu ada penilaian luar untuk menunjukkan sejauh mana kita telah mencapai kemajuan dalam pendidikan," katanya.

Sagah menambah penilaian standard ini hanya untuk Sarawak dan melibatkan tiga subjek iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

“Usaha ini selari dengan usaha Sarawak untuk meningkatkan kemasukan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada 60 peratus seperti yang digariskan dalam agenda Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030),” kata beliau.

Sarawak akan melaksanakan penilaian standard untuk pelajar DLP Tahun 6 bermula tahun 2025 dan Tingkatan 3 mulai tahun 2028, dengan tujuan menilai kemajuan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Mengenai majlis iCERI2024, Sagah berkata ia merupakan platform terbaik untuk melengkapkan para pendidik dengan pengetahuan dan kemahiran pedagogi terkini.
Menurutnya, inovasi sebenar dalam pendidikan adalah pelaburan dalam pembangunan profesional untuk para guru.

“Justeru, saya menyeru semua Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk meneruskan usaha penting ini dan melengkapkan bakal guru dengan kemahiran dan pengetahuan terbaik, terutama dari segi aspek tersebut," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.207473 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list