CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46111|Reply: 0

[Johor] Johor cadang wajibkan pelajar 16 tahun ke atas ceburi persatuan, pertubuhan sukarela

[Copy link]
Post time 1-12-2024 12:58 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.


Iskandar Puteri: Kerajaan Johor bercadang mewajibkan pelajar berusia 16 tahun ke atas di negeri ini untuk menceburi persatuan atau pertubuhan sukarela seperti Majlis Belia Daerah atau Southern Volunteers (SV).

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah, berkata langkah itu bagi memberikan golongan itu pendedahan awal sebelum memasuki alam remaja dan selepas mereka keluar daripada alam persekolahan.

"Saya ingin mencadangkan supaya pelajar di Johor dengan satu transformasi baharu yang dikaji dan dibuat supaya pelajar berusia 16 tahun ke atas diwajibkan untuk menceburi persatuan atau pertubuhan sukarela seperti Majlis Belia Daerah atau SV Muda, mengikut pilihan mereka.

"Pelaksanaan dan pendedahan ini membolehkan golongan ini tidak berasa kekok untuk menceburi persatuan atau pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) di masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soalan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini, hari ini.

Terdahulu, See Chin Li (DAP-Tangkak) bertanya jika kerajaan negeri berhasrat untuk menubuhkan kelab belia di semua sekolah di Johor.

Mengulas isu itu, Mohd Hairi berkata kerajaan Johor menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor tidak berhasrat untuk menubuhkan persatuan atau pertubuhan belia di semua sekolah di negeri ini.

Katanya, ia bagi menghormati Dasar Pelaksanaan Kokurikulum dan juga Akta Pendidikan 1961 sedia ada di Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Kerajaan negeri juga mengambil pendekatan untuk tidak menubuhkan kelab belia di sekolah kerana ia dilihat akan menambah beban sedia ada guru dan turut mengambil kira faktor bahawa Malaysia masih kekurangan tenaga pengajar.

"Untuk makluman, Johor memiliki hampir dua juta belia, iaitu separuh daripada populasi keseluruhan negeri Johor yang direkodkan seramai 4.1 juta penduduk berdasarkan rekod terkini Jabatan Perangkaan.

"Bagi persatuan atau pertubuhan belia yang berdaftar di Johor keseluruhannya adalah berjumlah 1,123," katanya.


Disiarkan pada: Disember 1, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.069619 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list