CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48532|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Apa motif curi kepuk dan batu nisan?

[Copy link]
Post time 2-12-2024 10:13 PM | Show all posts |Read mode


KEADAAN kubur yang dirosakan selepas dua kepok dan batu nisan dipercayai di curi pihak yang tidak bertanggungjawab. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Tiga kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sawah di sini 'hilang' dua kepuk dan satu batu nisan disyaki dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu disedari oleh penduduk jam 12.30 tengah hari semalam ketika datang menziarahi kubur ahli keluarganya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Mohamad Mat Nor berkata, kejadian itu mengejutkan penduduk kampung kerana ia pertama kali berlaku.

"Selepas saya terima video dan gambar keadaan kubur yang hilang kepuk dan batu nisan itu, saya bergegas ke lokasi untuk buat pemeriksaan.

"Seperti aduan, saya dapati dua kubur hilang kepuk dan satu lagi kubur hilang batu nisan yang mana ketiga-tiga kubur itu tidak mempunyai pertalian kekeluargaan," katanya ketika ditemui tadi.

Menurutnya, pihaknya sudah pun memaklumkan kejadian itu kepada waris dan mereka juga terkejut.

"Kami nak rumuskan kemungkinan ada amalan kurafat dilakukan oleh individu tertentu berhubung kehilangan itu atau ada isu lain namun tidak ada kepastian.
"Memang kejadian ini pelik kerana tak pernah lagi orang mencuri apa-apa di kubur dan atas tujuan apa," katanya.

Mohamad berkata, pihaknya sudah membuat laporan di Balai Polis Bukit Pelandok pada jam 7 malam semalam untuk siasatan pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin mengesahkan menerima laporan kejadian dan memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana masih dalam siasatan.


Disiarkan pada: Disember 2, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.240724 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list