CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: CARI-MRO

Suri rumah ditahan polis disyaki dera anak kandung, simbah air panas

[Copy link]
Post time 9-12-2024 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
simbah air sejuk dah ler..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2024 05:07 PM | Show all posts
agak cikki ni sesenang kut mengadung sama beranak tu

sekali hembus teran baby pun lahir

tu yg takde hal nak siram air panas ke air sejuk ke

ayoyoyooo
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 9-12-2024 02:41 PM
Menurut keluarga angkat arwah kes masih dalam perbicaraan.

Laaa yeke.. lamanya..mati2 ingat dh jatuh hukum
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 05:44 PM | Show all posts
stania83 replied at 8-12-2024 10:58 AM
itu hari ada kes simbah air panas oleh ibu kandung juga disebabkan anak dia habiskan data internet.  ...

Iolls dapat info yg kes ni bukan pasal habiskan data internet. Tapi sbb anaknya layan p*rn.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 09:49 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 9-12-2024 09:55 AM
Chah21 replied at 9-12-2024 05:32 AM
Laaa yeke.. lamanya..mati2 ingat dh jatuh hukum

Seksyen 302 tak boleh jamin. Kes akan dibawa terus ke mahkamah jika pihak pendakwaan mempunyai bukti yang cukup untuk tuduh. Selepas dituduh, OKT akan berada di penjara sehingga kes selesai.

Hari ini Harian Metro ada keluarkan artikel tentang keadaan terkini kesihatan Umi arwah. Selain kena serangan angin ahmar, Umi juga disahkan menghidap demensia.

Trauma kehilangan Amir, kesihatan Norlida semakin merosot

Kuala Lumpur: Trauma akibat kejadian yang menimpa anak angkatnya, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek atau lebih dikenali sebagai Amir, menyebabkan kesihatan Norlida Hassan, 51, semakin merosot.

Anak Norlida, Tuhfah Nazihah Md Tarmidi, 29, berkata ibunya pernah terkena angin ahmar selepas mengetahui kejadian yang menimpa Amir pada Januari 2021.

"Selepas kejadian itu, kesihatan ibu merosot. Sabtu lalu, ibu dibawa ke Hospital Selayang selepas bapa (Md Tarmidi Yaccub, 56) melihat tanda awal dia akan diserang angin ahmar.

"Hasil pemeriksaan mendapati gula dalam darah ibu tinggi dan dia diberikan insulin. Secara keseluruhannya, kesihatan dia bertambah baik dan stabil," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tuhfah berkata, ibunya juga sedikit meracau akibat trauma berkenaan selain disahkan menghidap demensia.

"Emosi ibu tak stabil, kadang-kadang dia okay, kadang-kadang tidak. Dia kerap bercakap benda sama berulang-ulang, terutama mengenai Amir.

"Apabila ibu meracau (sebut pasal Amir), kami akan cuba tukar topik tetapi dia masih begitu. Apa yang menyebabkan dia jadi begitu adalah apabila ada orang yang mengenalinya menegur dan bercakap mengenai Amir," katanya.

Menurutnya, kesihatan ibunya yang merosot itu juga menjejaskan emosi seluruh ahli keluarganya yang turut merasa kehilangan Amir.

"Sejujurnya, bukan ibu sahaja yang terjejas tetapi seluruh ahli keluarga kami juga. Cuma bezanya, ibu nampak lebih terjejas kerana tahap kesihatannya.

"Ketika ini, ibu hanya mahu dijaga oleh bapa sahaja. Kami berharap kesihatan ibu akan semakin pulih dan kuat menghadapi dugaan ini," katanya.

Terdahulu, satu video yang dimuat naik di satu akaun TikTok memaparkan suami Norlida menenangkannya di sebuah hospital tular sejak semalam.

Warganet turut meninggalkan komen pada video berkenaan dengan memberikan kata-kata semangat kepada Norlida serta ahli keluarganya supaya kuat menempuh dugaan.

Sebelum ini, media melaporkan Norlida menyerahkan Amir kepada ibu kandungnya pada Oktober 2020 selepas enam tahun menjaga kanak-kanak berkenaan.

Pada 10 Februari 2021, ibu kandung Amir, Zuraida Atan, bersama suaminya, Mohd Fadzli Abdul Razak, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka atas pertuduhan membunuh kanak-kanak berkenaan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2001, pasangan berkenaan mengaku tidak bersalah.

Pada 30 Januari 2021, Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, di sini, dengan kesan cedera dan lebam pada anggota badan.

Kematian mangsa dilaporkan oleh bapa tirinya kepada pihak polis dengan mendakwa kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat lemas di dalam tong air.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2024/12/1164362/trauma-kehilangan-amir-kesihatan-norlida-semakin-merosot

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 9-12-2024 09:49 PM
Seksyen 302 tak boleh jamin. Kes akan dibawa terus ke mahkamah jika pihak pendakwaan mempunyai bukt ...

Ya Allah kesiannya baca..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2024 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Chah21 replied at 9-12-2024 12:50 PM
Ya Allah kesiannya baca..

Ni video sehari sebelum arwah diambil oleh ibu kandung. Memang patah hati bila kehilangan insan yang paling disayangi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.199754 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list