View: 207|Reply: 0
|
Saingan wanita di Roland Garros lebih terbuka
[Copy link]
|
|
LONDON: Memilih pemenang undian wanita bagi Terbuka Perancis, tahun ini adalah seperti mendapatkan tiket ke final - hampir mustahil.\rJarang sekali terdapat saingan lebih terbuka dengan pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki, juara tahun lalu, Francesca Schiavone, Kim Clijsters yang dibelenggu kecederaan dan Maria Sharapova yang menampakkan kebangkitan semuanya berada pada senarai pencabar.\r\n\n\n\n\r Atau pun semuanya mungkin tersingkir awal di tanah liat Roland Garros melihatkan keadaan yang sukar diramal dalam tenis wanita ketika ini. Dengan Venus dan Serena Williams masih dibelenggu kecederaan dan Dinara Safina berehat panjang, apa-apa saja mungkin berlaku di barat Paris.\r\r\n\n\n\n\n Pemain bukan pilihan juga mampu keluar daripada kelompok untuk meraih kejayaan pada 4 Jun ini, seperti yang dilakukan pemain Itali, Schiavone tahun lalu ketika merangkul Grand Slam pertamanya.\rJulia Goerges dari Jerman mengejutkan Wozniacki untuk memenangi gelaran Stuttgart, bulan lalu dan kemudian mara ke separuh akhir Madrid sebelum tewas di tangan pemain yang berada pada prestasi tinggi, Victoria Azarenka dari Belarus, juga berpotensi menjadi juara.\r“Sama seperti orang lain,” kata pemain ke-18 dunia, Goerges ketika ditanya mengenai peluang merangkul gelaran. “Jika anda menyebut mengenai Terbuka Perancis, terdapat 128 wanita bermain tenis yang menakjubkan dan begitu dahagakan gelaran. Ramai pemain memiliki peluang untuk mara jauh dan kejutan sentiasa berlaku dan saya pasti ia juga akan berlaku tahun ini.” - Reuters\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|