|
Hammam, Warner kena gantung didakwa rasuahZURICH: Jawatankuasa tatatertib FIFA membebaskan presiden Sepp Blatter daripada sebarang dakwaan salah laku, sementara dua pegawai senior digantung kelmarin dalam perbicaraan membabitkan skandal rasuah paling buruk yang mencemari badan induk sukan itu.\rMohamed bin Hammam dari Qatar, yang beberapa jam sebelum itu menarik diri bertanding merebut kerusi presiden, digantung sementara bersama presiden rantau CONCACAF, Jack Warner.\r\n\n\n\n\r Blatter diputuskan bersih daripada sebarang pelanggaran statutori FIFA oleh jawatankuasa bebas yang bersidang secara tergempar kelmarin, sekali gus menyaksikan dirinya sebagai calon tunggal untuk penggal keempat sebagai presiden FIFA dalam pemilihan esok.\r\r\n\n\n\n\n Hammam dan Warner dituduh mengatur pembayaran AS$40,000 (RM122,800) kepada delegasi Kesatuan Bola Sepak Caribbean untuk mengundi dirinya - calon tunggal yang mencabar kerusi Blatter.\rKedua-dua pemimpin itu adalah ahli lama FIFA yang membarisi jawatankuasa eksekutif 24 orang, di mana 10 daripadanya dikaitkan dengan tuduhan rasuah tahun lalu.\rHammam, presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Warner, menteri di negara asalnya, Trinidad & Tobago, kini digantung sementara daripada sebarang aktiviti bola sepak. Keduanya tidak akan menghadiri Kongres di mana Blatter dijangka akan dilantik semula memegang jawatannya yang dipegang sejak 1998.\rKes ke atas Warner dan Hammam, yang menafikan sebarang salah laku, akan didengar pada Julai, menurut hakim dari Namibia, Petrus Damaseb yang mempengerusikan pertemuan kelmarin.\r\n\n\n\n\rWarner berang dengan keputusan berkenaan dan mendakwa dirinya adalah mangsa kepada ‘mahkamah kangaru’. “Blatter perlu disekat,” kata Warner mengenai bekas sekutu lamanya itu. “Mereka datang tanpa persediaan, tidak bersedia mendengar dan dipilih untuk melaksanakan satu tugas. Itulah yang mereka lakukan.\r“Mereka dipilih oleh Blatter... atau lebih tepat mahkamah kangaru.” \rSetiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke, yang berdepan soalan sukar sepanjang sejam sidang media berjalan, berkata pemilihan esok akan berjalan seperti biasa kecuali tiga suku daripada 208 delegasi mengundi untuk menukar agenda. – Reuters\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|