View: 130|Reply: 0
|
Empat terbaik berentap buat perhitungan
[Copy link]
|
|
Nadal, Djokovic, Federer, Murray cari tiket ke final\rPARIS: Rafael Nadal, Novak Djokovic, Roger Federer dan Andy Murray - pemain terbaik dunia masa kini - akan menjelmakan aksi separuh akhir istimewa di Terbuka Perancis dengan rekod menjadi pertaruhan. \r\n\n\n\n \r Djokovic yang melalui rentetan 43 perlawanan tanpa kalah sejak final Piala Davis Disember lalu, akan menyingkirkan Nadal sebagai pemain nombor satu sekiranya mengatasi juara 2009 di Roland Garros dan pemenang Grand Slam 16 kali Roger Federer.\r\r\n\n\n\n\n Kemenangan akan menyaksikan dia menyamai rekod pencapaian 1984 John McEnroe yang melalui rentetan 42 perlawanan tanpa kalah sejak awal tahun.\rTetapi dia berdepan Federer yang disuntik semangat baru walaupun berada di luar senarai dua pemain teratas buat kali pertama sejak Wimbledon 2003, dan mara ke separuh akhir kali keenam di Roland Garros tanpa tercicir satu set.\r“Perlawanan antara pemain terbaik sepanjang zaman dan pemain terbaik ketika ini,” itulah gambaran yang dibuat Nadal terhadap pertembungan Federer-Djokovic itu.\rJuara bertahan Nadal yang akan mencecah usia 25 tahun, hanya dibezakan dua kejuaraan daripada menyamai rekod Bjorn Borg yang memenangi enam gelaran Terbuka Perancis.\r\n\n\n\n\rDia akan berdepan pilihan keempat Murray yang menjadi pemain British pertama sejak Bunny Austin pada 1937 mara ke perlawanan penentuan, andai dapat menewaskan Nadal buat kali pertama di atas gelanggang tanah liat.\rPilihan kedua, Djokovic mengekori Federer 13-9 dalam rekod pertemuan sesama sendiri tetapi menang semua tiga perlawanan pada 2011, termasuk kejayaan straight set ke atas pemain hebat Switzerland itu pada separuh akhir Terbuka Australia dalam laluannya merangkul gelaran.\rPemain Serbia itu tidak bermain sejak Ahad lalu apabila halangannya di suku akhir, Fabio Fognini menarik diri kerana kecederaan kaki tetapi dia menegaskan rehat panjang itu tidak akan menjejaskan peluangnya apabila menentang Federer. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|