CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

Awas perangkap

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Hart percaya Switzerland bermotivasi tinggi cipta kejutan di Wembley\rLONDON: Penjaga gol England, Joe Hart memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya tidak memperkecilkan Switzerland yang bergelut mencari prestasi terbaik apabila kedua-dua pasukan berentap dalam kelayakan Euro 2012 di Wembley, malam ini.\r\n\n\n\n\r   Barisan bimbingan Fabio Capello menjadi pilihan untuk menewaskan tuan rumah bersama Euro 2008 itu di Wembley selepas menang 3-1 di Basel tahun lalu, tetapi Hart percaya lawan bukan pilihan itu bermotivasi untuk membuat kejutan besar.\r\r\n\n\n\n\n   Sungguhpun England kekal di tangga teratas Kumpulan G selepas mengharungi separuh jadual kelayakan, tiada ruang untuk Hart dan rakan-rakan melakukan sebarang kesilapan tatkala mereka bersedia untuk bercuti musim panas.\rBintang Manchester City itu sedar England tidak boleh tercicir mata kerana pasukan tangga kedua yang hanya dipisahkan dengan perbezaan gol, Montenegro juga berpeluang menang kerana bertemu Bulgaria di tempat sendiri.\r“England dijangka menang semua perlawanan. Jika menentang pasukan yang menurunkan 500 pemain pun, kami tetap diharapkan menang di Wembley. Tiada yang berubah kali ini.”\rLaungan amaran Hart itu tepat kerana pada perlawanan terakhir, England sekadar seri 1-1 dengan Ghana dalam perlawanan persahabatan - yang membuktikan masih banyak perlu dilakukan Capello.\r\n\n\n\n\rKeadaan menjadi lebih sukar tanpa dua tonggak, Wayne Rooney yang digantung dan pemain tengah Steven Gerrard yang cedera dan Capello dijangka membawa masuk Theo Walcott di sayap kanan untuk menajamkan serangan tiga penjuru bersama-sama Darren Bent dan rakan sepasukan Aston Villa, Ashley Young.\rTrio tengah Capello pastinya Scott Parker, Frank lampard dan Jack Wilshere yang menewaskan Wales sebelum ini manakala benteng diterajui kapten John Terry dan bekas kapten, Rio Ferdinand. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.055474 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list