View: 94|Reply: 0
|
SUKMA XIV KL: Yhing Huey dapat pembakar semangat
[Copy link]
|
|
Tekad jadikan pingat emas SUKMA XIV bekal hadapi cabaran lebih besar di Sukan SEA\rLEE Yhing Huey dari Selangor akan menjadikan kilauan pingat emas yang dirangkulnya dalam acara solo bebas renang berirama Sukan Malaysia (SUKMA) XIV Kuala Lumpur semalam sebagai pembakar semangat untuk menghadapi cabaran lebih besar di Sukan SEA Indonesia, November ini.\r\n\n\n\n\r Biarpun penyertaannya pada Sukan SEA nanti hanya membabitkan acara berpasukan, dia yakin dan menanam azam untuk membantu pasukan kebangsaan merangkul pingat emas.\r\r\n\n\n\n\n “Saya berada dalam skuad kebangsaan bersama-sama dengan Katrina Ann (Abdul Hadi) dan saya berazam untuk membantu pasukan meraih pingat emas,” kata atlit 19 tahun yang mengutip 73.2 mata, semalam.\rSelangor merangkul bersih dua pingat emas yang dipertandingkan semalam, sekali gus melengkapkan sasaran pasukan berkenaan iaitu menerusi Yhing Huey (solo bebas) dan Katrina Ann (solo teknikal).\rBegitupun, pengurus Tony Yap yang berbangga dengan prestasi dua atlitnya itu, turut memasang satu lagi sasaran emas hari ini, menerusi acara duet teknikal yang bakal digalas kedua-dua pemenang pingat emasnya semalam.\r“Kami mengharapkan satu lagi emas esok (hari ini) kerana mereka menunjukkan prestasi yang amat baik dalam kedua-dua acara solo yang dipertandingkan hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.\r\n\n\n\n\rDalam acara teknikal solo di sebelah pagi, Katrina Ann mengumpul 76.5 untuk merangkul emas, menewaskan atlit Wilayah Persekutuan Jillian Ng (72.1 mata) dan Gan Zhen Yu dari Negeri Sembilan (65.4 mata).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|