View: 143|Reply: 0
|
Murray tak mahu fikir pasal kelibat Nadal di Wimbledon
[Copy link]
|
|
LONDON: Andy Murray berazam untuk tidak terganggu dengan prospek membalas dendam terhadap juara bertahan, Rafael Nadal di kejohanan tenis Wimbledon yang bermula hari ini.\rMurray adalah antara pilihan untuk memenangi kejuaraan selepas memenangi kejohanan pemanas badan di Queen’s Club minggu lalu, susulan prestasi cemerlang yang ditunjukkan sejak separuh akhir Terbuka Perancis.\r\n\n\n\n\r Namun, pemain nombor empat dunia dari Scotland itu diundi bertemu Nadal andai mara ke separuh akhir, yang bermakna dia perlu menewaskan lawan yang menewaskannya dua kali di Wimbledon sebelum ini.\r\r\n\n\n\n\n Murray, 24, tewas kepada Nadal di separuh akhir tahun lalu dan suku akhir edisi 2008 serta ditewaskan pemain nombor satu dunia itu pada separuh akhir di Paris baru-baru ini.\rMembalas dendam terhadap kekalahan itu adalah satu kenangan manis buat Murray tetapi dia enggan memikirkan mengenai kemungkinan itu kerana tumpuannya lebih terarah kepada perlawanan pusingan pertama menentang pemain Sepanyol, Daniel Gimeno-Traver.\r“Saya tidak akan melihat lebih jauh daripada perlawanan pertama. Ia tidak berbaloi,” kata Murray. “Ia pernah berlaku kepada saya sebelum ini ketika saya masih muda dan anda akan kalah jika memikirkan menentang Nadal di separuh akhir atau sesiapa saja sebelum itu di suku akhir.\r“Di mana-mana saja ada perlawanan sukar, seperti yang anda saksikan tahun lalu. Rafa mengharungi beberapa perlawanan panjang yang hampir tewas, Roger (Federer) hampir tewas pada pusingan pertama menentang seseorang yang anda tidak jangka dia boleh tewas.”\r\n\n\n\n\rMurray memikul harapan seluruh negara di bahunya tatkala pemain nombor satu Britain itu bersedia memulakan usaha terbarunya menamatkan kemarau 75 tahun pemain Britain memenangi kejuaraan lelaki di Wimbledon. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|