CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

Nadal ambil inspirasi Rory hadapi Wimbledon

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
LONDON: Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal menukar bola tenis kepada bola golf tatkala dia bersiap sedia untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Wimbledon dengan bermain golf beberapa pusingan dan mengambil inspirasi daripada kejayaan Rory McIlroy menjuarai Terbuka Amerika Syarikat, kelmarin.\rPemain Sepanyol itu terpaku di depan televisyen menyaksikan McIlroy mendahului pencabar lain dengan selesa sedang dia melakukan persiapan untuk perlawanan pembukaannya di All England Club. Nadal bercadang meraikan kejayaan pemain golf British itu.\r\n\n\n\n\r     “Saya akan menyokongnya kerana saya rasa dia berhak memenangi kejuaraan itu,” kata Nadal dalam sidang akhbar.\r\r\n\n\n\n\n     “Saya suka menyaksikan aksi Rory... dia mungkin antara pemain yang memiliki hayunan terbaik di dunia, kalaupun bukan yang terbaik. \r“Pastinya, dia satu inspirasi. Saya begitu meminatinya.”\rAksi pemanas badan Nadal menjelang saingan gelanggang rumput kejohanan Grand Slam yang bermula semalam tidak berlarutan lama apabila dia tersingkir di suku akhir kejohanan Queen’s Club bulan ini, membolehkannya pulang ke rumahnya di Majorca untuk mengumpul tenaga dan menajamkan lagi kemampuannya dengan berlatih menggunakan bola putih yang lebih kecil. \rNadal, yang memburu kejuaraan Wimbledon ketiga membuka kempennya di gelanggang tengah menentang pemain Amerika, Michael Russell. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.046946 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list