CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 216|Reply: 0

Chong Wei mantap

[Copy link]
Post time 27-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Lakar kejuaraan hatrik selepas benam Peter Gade pada aksi final\rLEE Chong Wei meraikan kejuaraan keenamnya tahun ini dengan catatan manis apabila melakar hatrik kejuaraan perseorangan lelaki badminton Terbuka Indonesia selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade Christensen di Istora Senayan, semalam.\r\n\n\n\n\rPemain nombor satu dunia itu yang setakat ini sudah empat kali menjuarai Terbuka Indonesia selepas mengungguli pada 2007, 2009 dan 2010 nyata sukar ditandingi oleh Christensen apabila mudah menamatkan saingan dengan 21-11, 21-7 dalam masa hanya 31 minit.\r\r\n\n\n\n\nMalah, dalam pertarungan itu, Chong Wei, 29, hanya membenarkan lawan sekali saja mendahului pada set pertama pada kedudukan 3-2, sebelum langsung tidak membenarkan Christensen memintasnya hingga ke mata penamat, sekali gus mengekalkan rekod cemerlang mengungguli 13 daripada 14 pertemuannya dengan bekas pemain nombor satu dunia berusia 35 tahun itu.\r“Saya bermain dengan penuh keyakinan dan tidak terjejas langsung dengan gelagat penonton,” kata Chong Wei kepada wartawan mengenai suasana bising penonton yang bersorak setiap kali dia melakukan smash.\r“Tentu sekali Peter adalah seorang pemain yang bagus... tetapi kami sudah bermain menentang antara satu sama lain sebanyak 14 kali, maka saya tahu bagaimana cara dia mencorakkan permainannya.”\rChong Wei yang mara ke tujuh final tahun ini telah memenangi lima kejuaraan sebelum ini - Terbuka Malaysia, Grand Prix Emas, Seluruh England, Terbuka India dan Masters Final - dan satu-satunya kekalahan yang dialaminya ialah kepada jaguh China Lin Dan di Terbuka Korea Januari lalu.\r\n\n\n\n\rLaluannya ke final Terbuka Indonesia kali ini agak mudah apabila memulakan saingan menentang pemain muda tuan rumah Tommy Sugiarto di pusingan pertama, menewaskan pemain ranking ke-27 dari Hong Kong, Wong Wing Ki di pusingan kedua, menyingkirkan pilihan ketujuh dari Vietnam, Nguyen Tien Minh di suku akhir sebelum mengetepikan pilihan keempat dari China, Chen Long di separuh akhir.\rUsaha Chong Wei memburu kejuaraan hatriknya menjadi lebih mudah apabila seteru utamanya, Lin Dan yang dijangka menjadi lawannya pada final tersingkir awal secara mengejut di pusingan kedua kepada pemain Jepun, Sho Sasaki.   \rKemenangan semalam membolehkan Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$45,000 (RM136,822) kejohanan yang menawarkan hadiah kedua termahal selepas Terbuka Korea, manakala Christensen membawa pulang AS$22,500 (RM136,822).\rSementara itu, dalam perseorangan wanita, pemain India, Saina Nehwal gagal mempertahankan kejuaraan yang dikuasainya sejak dua tahun lalu selepas tewas kepada pemain nombor tiga dari China, Wang Yihan 12-21, 23-21, 21-14.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.045048 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list