CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

Berkorban demi Indah

[Copy link]
Post time 20-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Cari tapak di Indonesia\rKEHADIRAN Atilia di persada muzik mungkin tidaklah sehebat sesetengah penyanyi, kerana aliran muzik pilihannya iaitu jazz dan R&B dianggap kurang popular bagi kebanyakan peminat muzik tempatan. \r\n\n\n\n\rMungkin atas sebab itulah album yang pernah dikeluarkan oleh penyanyi ini berjudul Indah tidak menjadi bualan. \r\r\n\n\n\n\nNamun, tidak mendapat reaksi masyarakat di negara sendiri bukan isu kerana album yang turut memuatkan paduan suara dengan sebuah kumpulan Indonesia, Sore berjudul Silly Little Sing turut diterima baik di sini. \rCuma dalam soal pengedaran, Atilia mahu mengembangkan dan berkongsi 10 lagu, selain tiga klip video bersama pendengar luar mengikut jejak langkah penyanyi terdahulu terutama Datuk Sheila Majid. \r“Album Indah ini di pasaran tempatan sejak akhir tahun lalu, manakala pengedar di Indonesia, Demajors bertanggungjawab mengedarkan album terbabit di sana. Antara perancangan saya nanti mahu mengadakan konsert mini bersama Sore.\r“Saya sendiri meminati mereka dan berbesar hati dapat berpadu suara membawakan Silly Little Sing, malah tidak sabar ke Jakarta untuk menemui pendengar. Demi Indah, saya sedia berkorban masa dan berulang alik ke sana,” katanya lagi.\r\n\n\n\n\rBersyukur apabila lagu Kekanda Dinda, paduan suara bersama Monoloque masih kerap diputarkan di radio, akuinya cadangan merakamkan semula lagu Doa Buat Kekasih yang dipopularkan Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim akan diteruskan.\rLagu gandingan bersama Monoloque itu bakal diberi nafas baru bagi memancing perhatian ramai seterusnya menjadi tambatan seperti Kekanda Dinda yang tetap menjadi siulan ramai.\r“Sememangnya penangan Kekanda Dinda tidak boleh dinafikan kerana walau di mana-mana pun orang akan meminta lagu itu. Ia kemelayuan dan diterima ramai dek sifat catchy melodi dan liriknya, malah sedari awal saya sudah jangka ia mampu menyerlah.\r“Terima kasih kepada Monoloque selaku penciptanya apabila secara tidak langsung saya sebagai penyanyi duet turut mendapat tempias populariti lagu ini. Baik kanak-kanak hingga dewasa mengetahui lagu ini,” katanya yang muncul bersama album sulung, Sangkar pada 2007.\rAnak kepada Salamiah Hassan ini, selain menyanyi namanya juga agak menonjol dalam dunia pementasan berskala besar dengan memegang peranan penting seperti dalam The P Ramlee Musical dan Muzikal Lat...Kampung Boy. \rRancang perkahwinan di rumah sendiri\rPERANCANGAN kembali ke alam rumah tangga selepas lebih dua tahun menyendiri sudah lama difikirkan Atilia apatah lagi jejaka yang mencuri hatinya juga sudah sedia menggalas tanggungjawab mengemudi sebuah keluarga bahagia.\rNamun tuntutan tugas terutama promosi album baru yang  memerlukannya kerap terbang ke Jakarta, Indonesia selain komitmen terhadap program Idola Kecil musim baru membuatkan niat suci itu terpaksa ditangguhkan.\rBagi empunya nama Putri Atilia Raja Haron, 36, dirinya bertuah mendampingi seorang insan yang begitu memahami keadaannya tetapi tidak bermakna dia cuba melengah-lengahkan perkara baik.\r“Kalau ikutkan kami mahu menyegerakan majlis pernikahan akhir tahun ini, cuma tarikhnya belum diputuskan. Setakat ini juga saya belum melakukan apa-apa persediaan, jadi sukar menyatakan bila hari itu dirancang. Lagipun saya mahu menyudahkan dulu beberapa tugasan.\r“Pada 17 Oktober saya akan melancarkan album Indah di Indonesia dan selepas itu mula sibuk sebagai juri Idola Kecil hingga Disember. Boleh dikatakan kami sama-sama sibuk, mungkin ia dianjakkan tahun depan,” katanya yang jarang kelihatan bersama buah hatinya.\rWalau tampak urban, Atilia tetap senang mengadakan majlis perkahwinan seperti masyarakat Melayu dulu yang berlangsung di kediaman sendiri dengan acara penyediaan juadah dilakukan seisi keluarga dan saudara mara.\rKatanya, ia adat yang jarang lagi diteruskan di bandar besar dek kekangan masa namun sebenarnya sebagai pengukuh hubungan dengan sanak saudara kerana segala-gala persediaan dilaksanakan secara bergotong royong.\r“Saya suka dengan semangat penduduk kampung apabila setiap persediaan kenduri kendara dilakukan bersama-sama. Seronok kerana kita dapat berkumpul dan berbual mesra sambil melakukan tugasan masing-masing.\r“Kalau boleh saya mahu majlis perkahwinan nanti diadakan di rumah. Lebih meriah dan bermakna. Lagi ramai saudara mara yang hadir, lagi seronok kerana acara sebegini kita berpeluang berhimpun seisi keluarga,” katanya.\rSebelum ini Atilia mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Jalil pada 18 Disember 1998 tetapi mereka berpisah pada Mac 2009 selepas sedekad hidup bersama.\rInfo\rNAMA PENUH: Raja Putri Atilia Raja Haron \rTARIKH LAHIR: 15 September 1974 \rUMUR: 36 tahun \rASAL: Muar, Johor \rKERJAYA: Penyanyi, penulis lirik dan pelakon \rALBUM: Kompilasi RAP, Sangkar (2007) dan Indah (2010) \rTEATER: P Ramlee The Musical dan Muzikal Lat\rFILEM: Ransan dan Bisikan Puaka

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.235915 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list