View: 183|Reply: 0
|
Dengarnya...: Twitter Norman kena godam
[Copy link]
|
|
SELAIN lama sosial Facebook yang dijadikan wadah untuk berkomunikasi bersama peminat, golongan artis atau selebriti juga turut menggunakan Twitter untuk tujuan yang sama. Cik Normah pun tidak mahu ketinggalan dengan teknologi itu. \rJadi Cik Normah pun bukalah juga akaun Twitter. Tujuannya untuk mengikuti perkembangan artis tempatan.\r\n\n\n\n\rNamun ada perkara yang menakutkan Cik Normah apabila bercakap pasal Twitter ini. Terbaru Cik Normah dapat tahu, Twitter milik Presiden KRU, Normah Abdul Halim sudah kena godam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Selain akaun Twitter Norman, turut menjadi sasaran adalah fan page Facebook milik syarikatnya termasuk adik-beradiknya, Yusry dan Edry.\r\r\n\n\n\n\nPatutlah Cik Normah tengok twitter Normah selalu keluar status yang bukan-bukan. Ingatkan dia bergurau tapi rupa-rupanya jadi mangsa godam. Khabarnya, kejadian menggodam laman sosial milik artis ini sudah lama berlaku. Sebelum ini pun perkara yang sama pernah menimpa beberapa penyampai stesen radio Hot FM dan juga pelakon Fahrin Ahmad.\rHai nasib baiklah Cik Normah tak dedahkan nama akaun Facebook dan Twitter Cik Normah.Kalau tidak pastinya Cik Normah akan mengalami nasib yang sama. Nasihat Cik Normah kepada semua selebriti yang ada akaun lama sosial, berhati-hatilah kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|