CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

Dengarnya...: Artis suka minta bukan-bukan

[Copy link]
Post time 6-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
SEDU-SEDAN Cik Normah jadinya apabila mendengar kisah artis seorang ini. Jika dilihat kepada imejnya, memang sejuk mata memandang tetapi apabila memikirkan perangainya yang suka meminta bulan dan bintang, rasa macam loya pun ada. Bukan apa, naik meluat pula dengan gelagat dan kerenahnya, yang mengalahkan artis terkenal.\rKisahnya, minggu lalu, tekak Cik Normah ini teringin sangat nak makan pisang goreng di gerai Mak Jah. Rupa-rupanya keinginan yang tidak tertahan itu ada hikmahnya apabila Cik Normah ditemukan dengan rakan yang pernah sama-sama berlakon di sekolah rendah.\r\n\n\n\n\rNampak saja Cik Normah, rakan yang tembam ini terus menarik Cik Normah ke suatu sudut. Tujuannya, dia hendak kongsi cerita artis yang dia mahu Cik Normah tegur. Baginya, sikap artis itu sukar untuk diterima akal ketika membabitkan diri dalam sebuah acara anjuran kenalannya.\r\r\n\n\n\n\nMana tidaknya, tidak tahulah buang tabiat atau apa, artis ini sudah meminta pihak penganjur menyediakan mikrofon mengikut saiz yang dikehendakinya. Apa lagi pening si pihak penganjur ini mahu mendapatkan apa yang diidamkan si artis terbabit. \rSetahu Cik Normah, perangai artis ini baik-baik saja, tidak sangka pula kemahuannya sama seperti keinginan seorang raja dalam filem Musang Berjanggut yang mengidam makan daging musang tetapi perlu ada janggut. Alahai, kenapalah yang bukan-bukan diminta? Jika macam itu, Cik Normah sarankan si artis ini sediakan mikrofon sendiri. Simpan saja dalam beg tangan dan keluarkan jika mahu menyanyi. Bukan ke lebih mudah?\rLagi satu, artis ini tidak percaya ke pada bakat yang ada pada dirinya? Jika sudah pandai menyanyi, pakai batang ubi kayu macam zaman kanak-kanak Cik Normah menyanyi dulu pun boleh sedap juga.\rSelain perihal mikrofon, ada lagi permintaan daripada artis ini walaupun dia tahu acara yang dianjurkan itu bukanlah bersifat komersial. Acara itu lebih kepada tanggungjawab sosial penganjur untuk kebaikan semua pihak.\r\n\n\n\rTak habis minta mikrofon, dia minta pula penganjur sediakan penginapan untuknya. Padahal, acara terbabit bukanlah diadakan jauh di luar ibu kota pun. \rLebih daripada itu, ia tidak memakan masa yang panjang. Namun kerana menghormati artis terbabit, penganjur pun turutkan juga kemahuannya.\rApa yang menyakitkan hati, setelah bilik disediakan, si artis tiba-tiba batalkan permintaannya itu. Sebaliknya dia mahu terus ke tempat persembahan. \rAduhai, Cik Normah pun masih tak faham apa tujuannya kali ini? Walaupun mungkin si artis ada masalah pada saat akhir, tetapi hormatilah masa dan kesungguhan orang lain menunaikan permintaan awak tu.\rKata rakan tadi, penganjur pernah mengundang artis lebih popular menjayakan acara itu sebelum ini, tetapi tidaklah sampai menyusahkan begitu sekali.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.041980 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list