CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

Tajaan bersyarat

[Copy link]
Post time 7-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Ezlynn, Adam diraikan dalam majlis gemilang Januari depanMAJLIS resepsi perkahwinan pasangan popular, Norman Hakim dan Memey Suhaiza, yang mendapat tajaan Rafflesia sepenuhnya pernah mencetuskan polemik apabila ada beberapa pihak mempersoalkan perjalanan acara berkenaan. Dari nilai tajaan hinggalah ke atur cara majlis, semuanya tidak kena pada mata mereka.\n\n\n\nBagaimanapun, niat murni Rafflesia untuk meraikan pasangan selebriti tanah air tidak terhenti hanya kerana kata-kata nista sesetengah pihak. Mereka akan terus mengadakan majlis perkahwinan yang gemilang buat mana-mana artis yang mempunyai hubungan baik bersama mereka.\n\n\n\n\nSelepas diijabkabulkan dua minggu lalu, penyanyi Ezlynn dan pasangannya Adam, bakal mengikut jejak langkah Norman dan Memey apabila pihak Rafflesia bakal menaja majlis resepsi mereka menerusi satu acara yang penuh gilang-gemilang dan meriah iaitu Rafflesia Pearl Wedding, pada 11 Januari depan.Seperti biasa, tajaan itu meliputi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki pasangan mempelai berkenaan, hiasan dewan serta jamuan untuk tetamu yang hadir, persis apa yang dinikmati pasangan pelakon sensasi terbabit. Busana pengantin yang bakal membaluti tubuh penyanyi yang cukup popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye itu juga nyata bukan calang-calang kerana ia akan dihiasi mutiara mewah milik jenama mutiara terkenal itu.Untuk majlis yang bertemakan Sepanyol Pada Musim Luruh itu, Ezlynn akan menyarung dua helai gaun pengantin. Sehelai berwarna kuning champagne, bertatahkan mutiara laut China, manakala sehelai lagi rona keemasan yang berhiaskan mutiara Tahiti hitam dengan setiap satunya berharga berharga RM80,000 hingga RM100,000 sebutir. Si suami pula akan menyarungkan kot rekaan Lord’s Tailor.\n\n\nPastinya apabila kisah tajaan ini disiarkan di media, pelbagai pihak akan mula memandang serong kepada pasangan suami isteri ini kerana membenarkan perkahwinan mereka menjadi sebuah komoditi. Saat diajukan soalan nakal ini kepada pasangan terbabit, Adam menegaskan bahawa apa yang berlaku antara mereka dengan pihak penaja lebih kepada situasi menang-menang.“Walaupun Rafflesia menaja keseluruhan majlis resepsi ini,  ia tidak bermakna kami terima bulat-bulat apa yang mereka tawarkan. Dalam hal ini, mereka cukup terbuka pada perbincangan. Sebelum menerima tawaran itu, kami ada menetapkan beberapa syarat untuk mereka patuhi.“Semoden mana pun majlis ini dan apa pun tema yang dipilih, saya mahu ia dimulakan dengan doa selamat. Kami juga mahu kedua-dua orang tua kami hadir di majlis ini. Apalah ertinya majlis perkahwinan tanpa kehadiran ibu bapa? Selain itu, sebelum ini Ezlynn pernah berniat  menghadiahkan buku doa selamat kepada tetamu yang hadir sebagai cenderahati.“Senang sebenarnya bekerja dengan pihak Rafflesia kerana mereka tidak cerewet dan bersedia menerima idea kami. Dalam hal ini, apa yang penting ialah sikap toleransi dan mahu berkompromi,” kata Adam pada majlis sidang media yang diadakan di ibu negara, kelmarin.Hadir sama, Pengarah Rafflesia Pearl Centre, Winnie Sin; pereka busana pengantin Ezlynn, Liza Aizulkarnain; pereka layah, Sharifah Mariam Syed Mohd; pereka kasut pengantin yang juga pelakon yang semakin meningkat naik, Neelofa; perancang perkahwinan daripada Empayar Che Det, Mahadir (Che Det); dan wakil penaja lain.Tambah Ezlynn, dalam hal ini pihak Rafflesia juga bersikap profesional apabila memberi amaran lebih awal mengenai implikasi yang bakal mereka hadapi apabila bersetuju menerima tajaan itu.“Sewaktu menyampaikan tawaran, Winnie dan wakil mereka, Bill, ada juga membawa artikel yang menyiarkan kontroversi majlis perkahwinan Norman dan Memey. Malah Memey juga ada sama dalam pertemuan itu. Selepas masing-masing bersetuju dengan syarat yang diberikan, barulah perancangan mengenai majlis ini dijalankan,” katanya yang turut menetapkan syarat supaya gaun pengantinnya itu nanti tidak terlalu seksi.Sementara itu, ketika ditanya adakah Ezlynn juga bakal mengenakan gaun pengantin milik pereka antarabangsa sama seperti Memey, pegawai seranta bagi Rafflesia, Bill Bora berkata, mereka memang merancang untuk melakukan perkara yang serupa.“Memang ada perancangan ke arah itu. Buat masa ini nama yang ada dalam fikiran kami ialah Roberto Cavalli. Sebenarnya harga pakaian pengantin Roberto dan Vera Wang memang tak banyak beza. Apa pun, kita tunggu saja nanti pengumuman seterusnya,” kata Bill separuh berahsia.Rajin masak untuk suamiJIKA pada majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza lima tahun lalu Ezlynn ada menyumbangkan suaranya, untuk majlis resepsinya itu nanti, dia turut menaruh harapan untuk Siti melakukan perkara yang sama buatnya.“Saya memang ada meminta Siti untuk menyanyi pada majlis saya dan secara dasarnya dia bersetuju. Mungkin saya akan menghubunginya sekali lagi sambil memaklumkan tarikh majlis. Saya harap dia dapat memenuhi impian saya ini. \"Selain Siti, saya juga mengimpikan penyanyi Anuar Zain untuk menghiburkan kami dan tetamu pada malam itu. Saya juga akan menyanyi pada majlis berkenaan dan lagu yang dipilih juga bersesuaian dengan tema Sepanyol iaitu Quizas, Quizas, Quizas, atau dalam bahasa Inggerisnya Perhaps, Perhaps, Perhaps,” ujar Ezlynn dalam nada teruja.Bercerita pengalamannya selepas bergelar isteri, paling ketara baginya apabila dia perlu memasak untuk suami.“Selalunya, emak saya yang akan menelefon bertanyakan lauk yang saya masak hari itu. Biasalah, bila sudah bergelar isteri, tentunya soalan itu wajib ditanya. Mujurlah suami tidak begitu cerewet dalam bab makanan. \"Begitupun, saya tetap juga masak untuknya terutama makanan kegemarannya iaitu ayam masak kicap. Tapi kalau kebetulan kami berdua sibuk, kami akan makan di luar saja,” ujarnya yang bakal muncul dengan single terbaru sebaik saja selesai menjalani sesi promosi filem terbarunya, Mon, Usin dan Jin Pakai Toncit berakhir.Selain mendapat tanggungjawab baru iaitu menguruskan rumah tangga, Ezlynn berkata, perkahwinan juga memberikan kelegaan kepadanya.“Sebaik saja berkahwin, saya dapat rasakan bebanan yang saya hadapi sebelum ini bertambah ringan. Jika dulu saya perlu menghadapinya sendirian, tapi selepas bergelar isteri, saya sedikit lega kerana dapat bergantung dengan suami berdepan situasi seperti itu,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.045503 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list