CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2063|Reply: 12

Kim Jong-Il meninggal dunia

[Copy link]
Post time 19-12-2011 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Kim Jong-Il meninggal dunia


SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il, meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan jantung, menurut media rasmi negara itu.

Menurut Korean Central News Agency (KCNA), pemimpin itu “meninggal dunia akibat tekanan hebat mental dan fizikal" pada 8.30 pagi Sabtu (7.30 pagi waktu Malaysia) ketika berada dalam kereta api untuk jelajah "turun padang".
Ia menggesa rakyat Korea Utara supaya mengikut anak lelaki bongsu Jong-Il dan penggantinya, Kim Jong-Un, yang berusia lewat 20an.
“Semua ahli parti, tentera dan orang awam patut mentaati kepemimpinan komrad Kim Jong-Un dan melindungi dan mengukuhkan lagi parti, tentera dan orang awam," kata penyampai TV agensi berita itu yang berpakaian serba hitam sambil menangis.

Menurut KCNA, bedah siasat dilakukan semalam.

Pemimpin terbabit mengalami serangan angin ahmar pada Ogos 2008.

Pengebumian beliau akan diadakan pada 28 Disember ini tetapi tiada delegasi asing dijemput hadir.
Tempoh berkabung diisytihar dari 17 hingga 29 Disember.

Sementara itu, agensi berita Yonhap melaporkan tentera Korea Selatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.


akan digantikan oleh anaknya, Kim Jong Un, baru umur lewat 20-an, cmner korea utara lpas ni, adakah akan berubah? atau tidak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 02:00 PM | Show all posts
hurm...penuh kerahsiaan korea utara ni, hari sabtu mati, hari ni baru tau berita  kt tv tadi.... adakah kim jon un berkuku besi seperti apaknya jugak???
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 03:28 PM | Show all posts
finally..berapa kali tah berita ckp dia mati..kali ni betul2 meninggal..takziah la..
kesian dgn rakyat dia yg hidup melarat...harap2 anak dia tak la kejam macam dia..moden kan lah negara dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 07:38 PM | Show all posts
semoga kematian die ni menjadi permulaan untuk revolusi NK..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:57 PM | Show all posts
Simpati ngan nasib orang orang North Korea...
Gara gara pemimpin yang berfikiran tertutup... rakyat merana
Teringat isu famine yang melanda North Korea sikit masa dulu....
sampai South Korea pun letak tepi isu politik semata mata nak menolong orang North Korea....
Kalo ler pemimpin North Korea memimpin ngan terbuka.. sah sah North Korea turut bangkit menjadi negara maju di Asia Timur jauh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 12:04 AM | Show all posts
masa perpisahan korea utara dan selatan, ramai berpendapat , yg utara akan lebih maju di masa hadapan sal korea utara ada banyak dan kaya dngan hasil bumi, compare ngan korea selatan, yang takde ape2 pun, ditambah dengan infrastruktur korea selatan yg semua nya hancur musnah, nah, sekarang dah terbalik, kalau kaya dngan hasil bumi pun, tapi pemimpin jenis pentingkan diri dan ideologi komunis, korea selatan jauh lebih maju compare ngan korea utara....


pnah tngok national geographic dlu, yg kanak2 umur 10 tahun di korea utara, pendek/rendah 10 cm, berbanding rakan2 sebaya diorg di belah selatan... 1 fakta yg menarik dan ringkas, tp dah cukup menunjukkan bagaimana tahap pencapaian sesebuah negara tu, kalau nk bagi makan kt rakyat pun tak ckup, cmner nk pimpin sebuah negara?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2011 11:00 AM | Show all posts
  
“The Dear Leader” (Dicktator Yang Terchenta)
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 01:28 PM | Show all posts
lagi berita dipetik dari kosmoBerjuta-juta penduduk ratapi kematian Jong-il


SEJUMLAH penduduk menangis di depan potret Kim Jong-il di Stadium Tertutup Pyongyang, Korea Utara semalam.


SEOUL, Korea Selatan - Korea Utara semalam menyatakan jutaan penduduk meratapi kematian bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il.

Stesen televisyen pemerintah menunjukkan imej orang ramai bersedih dan menangis di hadapan potret Jong-il, lelaki yang memimpin Korea Utara semasa negara berkenaan mengalami krisis kebuluran yang membunuh ratusan ribu penduduknya.

"Tempat-tempat awam bertukar menjadi lautan orang ramai yang menangis semasa mereka melihat potret Kim Jong-il yang tersenyum," kata sebuah agensi berita rasmi Korea Utara.

Menurut agensi berita berkenaan, sekurang-kurangnya lima juta orang melawat potret dan patung Jong-il di sekitar ibu kota Korea Utara, Pyongyang, untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.

Angka tersebut mewakili lebih satu perlima daripada keseluruhan penduduk Korea Utara.

Mayat bekas pemimpin itu berada di dalam sebuah keranda kaca selepas beliau mati pada Sabtu lepas akibat serangan jantung semasa beliau berusia 69 tahun.

Jong-il menjadi pemerintah tertinggi Korea Utara selama 17 tahun dari 1994 hingga 2011 selepas kematian bapanya.

Beliau digantikan oleh anak bongsunya, Kim Jong-un yang baru berusia lewat 20-an sekali gus menjadi antara pemimpin negara termuda di dunia. - Agensi


Wah kuku besi-kuku besi pun ramai org meratapi kematian dia kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 01:40 PM | Show all posts
tak leh lupa la masa tgk dokumentari pasal korea utara....

tentang misi sorg doktor utk buang katarak mata... memandangkan tahap teknologi perubatan y rendah di korea utara, dog upah sorg doktor dr amerika selama beberapa hari..ada la geng2 wartawan ikut sekali tapi terpaksa sembunyi modus operandi asal dorg...

prosuder buang katarak tu kejab jer... beratus2 org tunggu ambik turn.. setiap kali satu prosuder tu berjaya, bukan pesakit berterima kasih kt doktor..sebaliknya p kt gambar besar pemimpin dorg tu.. sembah bagai nak rak ckp terima kasih mcm sembah Tuhan, y paling syok..semua pesakit y menunggu dlm dewan tu ikut sembah jugak.. kalau dah beratus2 pesakit..so beratus ratus kali la rutin menyembah tu berulang ulang..

sistem penjara sana paling mengerikan..
katakan sorg rakyat lari ke Korea Selatan, satu famili kena penjara..dari mak bapak, adik beradik, tok nenek.. sedangkan y empunya badan dok bersuka ria kt Korea Selatan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 06:01 PM | Show all posts
lagi berita dipetik dari kosmoBerjuta-juta penduduk ratapi kematian Jong-il


SEJUMLAH penduduk m ...
haniryan Post at 22-12-2011 13:28



   mmg dah betul2 kena brainwash....
tp aku tertanya2, adakah sikap emotional tu dibuat2, atau mmg jujur? sal aku yakin, mesti/confirm nyer, ada diantara diorg yg berlakon seolah2 menyokong kuat komunis NK ni, dalam hati penduduk NK, mmg diorg nk bersatu dengan selatan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 06:02 PM | Show all posts
tak leh lupa la masa tgk dokumentari pasal korea utara....

tentang misi sorg doktor utk buang kat ...
Syik_Gojet Post at 22-12-2011 13:40



kt NGEO kan? diorg kena katarak pun sal pemakanan tak seimbang, kerajaan diorg tak bagi ckup makan, tp pas amerika tolong pulihkan katarak diorg, diorg leh lak gi sembah kim jong il ngan kim il sung....LMFAO...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 07:44 PM | Show all posts
Ssabo jela.
naseb la jadi rakyat Korea.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 09:55 AM | Show all posts
kt NGEO kan? diorg kena katarak pun sal pemakanan tak seimbang, kerajaan diorg tak bagi ckup m ...
oni313 Post at 22-12-2011 18:02



   tula.. fanatik kan..masa kameraman nak rakam patung Kim Jong-Il kena marah dgn tentera, sebab tak tunduk time snap pic tu..so terpaksa la kameraman duduk sampai gaya nak menirap gak la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.082040 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list