|
Tragedi Macau?2012/01/17\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) harus segera berhenti ‘tumpang gembira’ di atas kejayaan manis Lee Chong Wei memenangi dua gelaran Siri Super awal bulan ini, sebaliknya mengalih fokus kepada cabaran kelayakan Piala Thomas di Macau, bulan depan. Sudah wujud bayangan menakutkan ketika ini betapa skuad negara yang dilabel lemah itu bakal ditimpa ‘Tragedi Macau’ andai dipalit sejarah hitam buat pertama kali tersisih ke pusingan akhir sejak format baru piala berprestij itu diperkenalkan pada 1984.\n\n\n\nChong Wei yang baru menjuarai Terbuka Malaysia, kelmarin seperti memberi gambaran menakutkan akan kekuatan pasukan ketika ini dan berdasarkan prestasi semasa, pasukan kali ini boleh digelar ‘skuad 1-0’ kerana hanya jaguh perseorangan itu menjadi satu-satunya pemain yang berani berjanji memberi mata kepada pasukan. \n\n\n\n\n“Inilah pilihan pemain terbaik kita miliki, tetapi saya harap dalam tempoh sebulan kami mampu menjadi mantap melepasi halangan getir di Macau,” tambah Chong Wei, semalam.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|