CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

Peluang Federer balas dendam

[Copy link]
Post time 26-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jumpa Nadal saingan  separuh akhir  hari iniMELBOURNE: Roger Federer kini berpeluang membalas dendam terhadap Rafael Nadal apabila kedua-dua bintang itu bertemu pada separuh akhir Terbuka Australia yang dijangka cukup sengit, hari ini.\n\n\n\n  Ketika kedua-dua mereka bertemu kali terakhir di Melbourne pada final Terbuka Australia 2009, Federer pulang hampa selepas ditewaskan Nadal pada pertarungan yang berlanjutan sehingga lima set.\n\n\n\n\n\n  Tiga tahun berlalu dan Federer mengakui dia tidak sabar untuk bertarung sekali lagi dengan Nadal pada pertemuan separuh akhir itu.“Secara jujurnya memang saya mahu bertemu Nadal kerana pernah berlangsung final yang cukup klasik di antara kami berdua di sini beberapa tahun lalu. Saya cukup bertuah kerana sekali lagi berpeluang bertemu dengannya di sini,” kata Federer.Federer masih memiliki rekod mengatasi Nadal 17-9 dan bagi kejohanan Grand Slam 7-2, namun belum dapat menewaskan pemain Sepanyol itu dalam kejohanan besar sejak final Wimbledon 2007.Begitupun, ia tidak membuatkan Federer berasa gentar bagi memburu kejuaraan Grand Slam pertamanya dalam tempoh dua tahun.\n\n\n“Saya harap ia satu perubahan yang baik. Saya takkan benarkan berlaku ulangan final Terbuka Australia,” kata Federer.Bagi Nadal yang lima tahun lebih muda berbanding Federer berkata, pertembungan dengan bintang Switzerland itu sentiasa istimewa tanpa mengambil kira kedudukan ranking semasa mereka.“Memang ranking penting tetapi apabila berbicara mengenai seorang pemain yang pernah memenangi 16 kejuaraan Grand Slam dan saya  memenanginya 10 kali, ia pasti perlawanan yang cukup penting dalam karier kami dan satu detik bersejarah.“Tapi semua perlawanan menentang Federer dianggap cukup istimewa biarpun mungkin pada ketika saya di ranking ke-20 dan dia ranking ke-25,” kata Nadal. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.376812 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list