|
cinta sudah nak berputik..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
permulaan yg baik |
|
|
|
|
|
|
|
“Hey Minah berangan, takde jual kad ke ? I nak tulis dan letakkan kat bunga ni?”Tanya Syed Jazmir Hariff tanpa menyambut bunga yang diberikan Anggun Dahlia Saffiya .Matanya melirik kearah gadis didepannya yang seperti lipas kudung mencari tempat yang dipamerkan kad-kad ucapan. Dia ingin ketawa melihat gelagat gadis itu tetapi ditahannya.
“Tak nampak ke kat depan mata awak tu Mr MS ?kalau rak tu hidup tentu dia akan cakap seperti nie ‘Hai Mr MS saya disini,awak tak nampak saya ke yang cantik nie ataupun awak buta’ohhhh … lupa saya yang pasti rak tu pun tak akan tegur awak kerna meluat dengan perangai awak yang mulut macam longkang tu.”
Anggun Dahlia Saffiya terus berlalu apabila melihat emak sedaranya menuju kearah mereka.Sebal dia dengan perangai pemuda itu.Apabila berada dihadapan Mak Usu Ana,Anggun meminta izin untuk keluar lunch kerana perutnya merasa lapar dan hatinya yang tengah panas ketika ini dengan perangai Mr MS yang ego itu.
“Mak Usu ,Anggun nak keluar ambil angin jap kerna kat dalam nie panas dan ada seekor tikus mondok.Mak usu jaga-jaga tau takut pulak mak usu kena gigit pulak nanti.Ehhh lupa pulak yang tikus mondok nie tak gigit orang tapi mulut dia aje yang berbau longkang.” Anggun Dahlia Saffiya mengangkat kedua-dua belah keningnya.Kelihatan muka Mak Usu kebingungan mendengar kata-kata dari Anggun.
“Anggun… kan ada customer tu,napa tak layan ?”Mak Usu Ana berjalan menuju kearah pemuda yang ditujukan oleh Anggun Dahlia Saffiya dengan kata-kata yang kurang enak.Apa yang pemuda itu lakukan terhadap Anggun Dahlia Saffiya sampaikan anak sedaranya itu mengeluarkan kata-kata yang kurang enak.Dia tahu dengan perangai anak sedaranya yang sorang ini,kalau orang tidak menyakitkan hatinya pasti dia akan melayan orang dengan baik.
“Mak Ucu aje yang layan tikus mondok tu ya ? Anggun malas la nak layan kerna perut Anggun merasa mual dan nak muntah tengok muka tikus mondok tu.”Anggun Dahlia Saffiya terus berjalan tanpa menghiraukan panggilan Mak Usu Ana.
“Anggun…Anggun…Anggun…Ada-ada aje budak nie,dah boleh jadi mak orang pun tapi ..Mak Usu Ana menggeleng-geleng kepalanya melihat gelagat Anggun.Perangai seperti budak-budak ,walaupun umur sudah meningkat tapi hatinya baik”Omel Mak Usu Ana sambil tersenyum sendirian.Mak Usu Ana berjalan mendapat pemuda yang sedang berdiri memerhati kad ucapan yang dipamerkan tanpa menghiraukan mereka.Tetapi ada sedikit perubahan diwajah pemuda itu.
“Encik nak cari apa dan boleh Mak Usu bantu ? Mak usu minta maaf bagi pihak anak sedara Mak Usu tadi.Mulutnya memang celupar sikit tapi hatinya baik.”Mak Usu Ana menggelarkan Mak Usu kepada pemuda dihadapannya.
“Takpe Mak Usu , panggil saya Jazmir aje.Saya yang bersalah tadi kerana buat dia terasa.Siapa nama dia , kalau boleh saya tahu?”Tanya Syed Jazmir Hariff.
“Panggil dia Anggun.Anak sedara Mak Usu tu memang mulut dia laser sikit dengan orang yang dia tak kenal dan orang membuat hatinya sakit tetapi kalau sekali orang buat baik dengannya, sepuluh kali dia akan balas kebaikkan itu.”
Syed Jazmir Hariff mengangguk-angguk kepalanya.Syed Jazmir Hariff segera membayar harga bunga dan kad apabila mendapat panggilan daripada adik kesayangannya menyuruh dia pulang ke hotel kerana sudah lama dia keluar meninggalkan adiknya itu keseorangan didalam bilik hotel. Syed Jazmir Hariff meminjam pen dan memcoretkan sesuatu.Sebelum dia keluar dari kedai bunga itu dia menghulurkan sekeping kad kepada Mak Usu Ana untuk diberikan kepada Anggun. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha uda dan dara telah terpikat dan melaser antara satu sama lain, so sweet
lagilah |
|
|
|
|
|
|
|
apa je yg di tulis oleh JAZMIR kat ANGGUN tue... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 46# shahrinas
insyaallah nanti akan tahu juga .. saya terlalu sibuk sampaikan tak sempat nak edit ... maaf ya .. akan anda ketahui juga nanti ..terima kasih ya .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply shahrinas
insyaallah nanti akan tahu juga .. saya terlalu sibuk sampaikan tak sempat ...
samiramieya Post at 5-3-2012 19:13
bila nak sambung lagi citer nie |
|
|
|
|
|
|
|
nxt n3 please... makin menarik citer ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita ni xde sambungan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Waaa.... patutlah pernah baca...baru kini muncul kembali...hmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Setengah jam berlalu , Anggun berjalan masuk ke dalam kedai bunga Mak Usu Ana.Dia mendapatkan Mak Usu Ana yang sedang mengubah bunga yang ditempah pihak hotel.
“Rajinnya Mak Usu Anggun nie.”Sambil tangannya memegang sekuntum bunga plastic.
“Anggun makan kat mana tadi ? tak bungkus untuk Mak Usu Ana ke?”Anggun Dahlia Saffiya menampar dahinya tanda terlupa.Dia tersenyum seperti kerang busuk apabila melihat muka Mak Usu Ana masam.
“Anggun minta maaf .Anggun terlupa dan Anggun ingatkan Mak Usu dah makan tadi ?” Geram punya pasal dengan mamat senget tadi , sampaikan dia terlupa hendak bungkuskan makanan untuk Mak Usu Ana. Mak Usu Ana kembali tersenyum apabila Anggun Dahlia Saffiya memegang tangannya meminta maaf.
“Anggun ..”Panggil Mak Usu Ana sambil menghulurkan sesuatu kepada Anggun Dahlia Saffiya.Anggun Dahlia Saffiya menyambutnya dan tercengang-cengang.Sekeping nota yang tertulis namanya.Dia segera membuka dan membaca.
Dear Minah Berangan…
Ooo … you panggil I tikus mondok ya minah berangan.. ada ke tikus mondok yang hensem macam I atau you tak berani nak bagitahu yang you telah jatuh cinta pada I ? I tahu dari raut wajah you sudah tergambar yang you telah jatuh cinta kat I yang hensem nie tapi you tak berani nak cakap.You takut I akan reject you. U comel tapi sayang mulut macam lombong najis busuk tak terkata.Apa-apa pun I suka.Bila rasanye kita akan berjumpa lagi dan I tinggalkan bunga ros yang wangi untuk you rebus or cium supaya mulut you akan berbau wangi. See u later
From: Lelaki Idaman Wanita..
Selepas membaca nota yang diberikan Mak Usu Ana , hatinya merasa panas.Anggun Dahlia Saffiya segera mencapai jambangan bunga ros pemberian dari lelaki yang baru dikenalinya dan segera mencampak kedalam tong sampah.Hati kecilnya menjerit memarahi lelaki itu.
Mak Usu Ana menggeleng-geleng kepalanya melihat gelagat Anggun.Tidak pernah anak sedaranya naik angin sebegitu.Anggun tidak pernah membuang apa-apa barangan yang diberi kepadanya kerana menurut Anggun bukan dia yang meminta tetapi orang yang berbesar hati yang memberi dan tidak salah jika dia mengambil atau menyimpan pemberian orang kepadanya.
Dia pasti akan menjaga setiap barang atau hadiah yang diberikan kepadanya dengan baik.Tapi lain benar pada hari ini kerana anak sedaranya sendiri yang mencampak jambangan bunga pemberian daripada Jazmir.Apa yang membuat anak sedaranya terasa hati.
Last edited by samiramieya on 19-10-2013 07:35 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
setahun br ada new entry |
|
|
|
|
|
|
|
Bestlah cerita ni....sambunglah lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Marah sungguh Anggun dengan pelanggannya sebentar tadi.Dia tahu anak saudaranya yang sorang ini tidak akan naik angin jika hatinya tidak disakiti.Bunga itu juga tidak akan menjadi mangsa didalam tong sampah dikedainya.
“Anggun … Awat ???” Tanya Mak Usu Ana.
“Geram betul Anggun ngan mamat tadi Mak Usu.Ingat hensem sangat la tu.Muka cam tikus mondok ja.Perasan nak mampus”Anggun melepaskan geram yang bertahta dalam hatinya yang bagai gunung berapi hendak meletup.
Mak Usu Ana menggeleng kepalanya.Melihat sikap anak saudara kesayangannya berubah sekelip mata.
“Apa yang dia tulis,sampaikan angin kus-kus Anggun datang menjelma?Dengar tak ada gegaran? Cam ada tanah runtuh ja?”Kedengaran suara Mak Usu Ana ketawa terbahak-bahak apabila melihat muka Anggun yang kelat.
“Mak Usuuu” Panggil Anggun.Hatinya sakit mendengar kata-kata perlian daripada emak saudara kesayangannya.Bukan hendak sebelahkannya tapi sindiran yang didapatinya.Mak Usu Ana mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda memohon maaf .Tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“Eeee ..tak elok anak dara menjerit.Tak pasal ada orang tua berkenan nak jadikan menantu cancel plk.Jangan membenci orang.Buatnya dia jodoh Anggun ?”
“Tolong la Mak Usu.Simpang malaikat 44 Anggun taknak itu terjadi.Mamat perasan tu ??? please ….” Kata Anggun Saffiya dengan berlakon ingin memuntahkan sesuatu dari dalam mulutnya.Mak Usu Ana menggeleng kepalanya ‘Dasar anak saudara degil’bisik hati kecilnya.
“Kita sebagai manusia biasa tak tau jodoh kita ngan sapa? Ia kan rahsia Allah S.W.T.Jangan ada perasaan benci dalam diri kita.Hapuskan segera.”
Mak Usu Ana mengambil beberapa tangkai bunga ros plastik untuk digubahkan ke dalam pasu yang ditempahkan oleh pelanggan tetapnya.
“Jodoh Anggun dah ditetapkan so takda maknanya mamat perasan tu jodoh Anggun.Dekat dunia nie hanya tinggal dia sorang ,Anggun lebih rela membujang sampai ke tua Mak Usu.”
“Tak baik cakap camtu.Takbur namanya.Bukan apa ,Mak Usu takut Anggun pulak yang tergila-gila dia.Kes naya tu.”
Terbeliak biji mata Anggun mendengar kata-kata dari emak saudara kesayanganya.Ada betul juga kata-kata Mak Usu Ana.Allah selalu marah dengan orang yang takbur.Dia tahu membenci orang adalah sikap yang dilarang oleh Allah S.W.T.Tapi hatinya sakit mengenangkan sikap lelaki tadi yang terlalu angkuh.Kesabarannya teruji dan dia tidak dapat membendungnya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini baru sorang dia berjumpa dengan lelaki Bandar.Belum lagi lelaki yang dijodohkan dengannya.Dia sudah pening kepala.Dia belum pasti perangai anak Auntie Aisha.Harap-harap perangai anak Auntie Aisha tidak seperti lelaki yang dia temui sebentar tadi .Kalau tidak kepalanya lagi bertambah pening.
Mak Usu Ana tersengih melihat gelagat Anggun.Dia tahu Anggun pasti memikirkan apa yang dicakapnya sebentar tadi.Anak saudaranya yang sorang ini bukan seorang yang degil tetapi dia akan pertahankan apa yang dia rasa betul bagi dirinya.
“Mak Usu doakan untuk Anggun ya? Siapa yang sebenarnya anak sedara Mak Usu ?? Anggun ke mamat perasan tu ??”
‘Sampainya hatimu , mendoakan aku.Aku tahu aku hanya anak sedara yang tak baik.Sanggup kamu mendoakan yang tak baik untuk anak sedara kesayangan kamu.Kalau nak berdoa sekali pun berdoa agak anak sedaramu yang cute ini mendapat pengiran dari kayangan masuk merisik.Nie tak doakan agak anak sedaramu bertemua jodoh dengan tikus mondok yang terperasan hensem tapi hensem juga sekali pandang..huhuhu’
Mak Usu Ana ketawa terbahak-bahak mendengar nyanyian daripada Anggun.Tidak habis-habis perangai giler dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
samiramieya posted on 26-10-2013 01:10 PM
Ini baru sorang dia berjumpa dengan lelaki Bandar.Belum lagi lelaki yang dijo ...
@samiramieya... kelakar jugak cite ni TT... nanti ada masa jenguklah kembali kt benang ni... sambung lg kisah anggun ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|