CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

Penat layan lawak suami

[Copy link]
Post time 7-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Nazirah akui Nabil tidak cerewet, rajin berkemas\rISTERI Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Ahmad Nabil Ahmad, Nazirah Ayub, 24, akui cukup penat dengan telatah suaminya. Namun. tidak sesekali jemu mendengar lawak jenakanya, di rumah mahupun di luar.\r\n\n\n\n\r  Lebih tiga bulan mereka bergelar suami isteri, ikatan yang terjalin nyata semakin erat, lebih-lebih lagi apabila dapat melihat kemesraan kedua-duanya ketika bercuti bersama peminat dan pemenang Gemilang Bersama Bintang (GBB) ABPBH2010 ke Jakarta-Bandung, baru-baru ini.\r\r\n\n\n\n\n  Sepanjang percutian empat hari tiga malam itu, Nazirah yang sentiasa di samping Nabil dilihat tidak lekang dengan senyuman dan sering tergelak besar setiap kali suaminya berjenaka, ataupun mengusik peminatnya.\r“Alhamdulillah, kami memang bahagia sekarang dan peluang dapat bercuti merangkap prabulan madu kami sesuatu yang sangat menyeronokkan. Saya juga senang bergaul bersama Fasha Sandha, Black dan peminat mereka. Rasa seperti satu keluarga besar sedang bercuti pula.\r“Bercerita mengenai Nabil, memang saya penat kerana idea lawaknya tidak pernah putus. Ada saja topik yang hendak dibualkan, begitu jugalah di rumah.\r“Nabil hanya akan berhenti membuat lawak ketika dia tidur dan bermain game. Ketika itu pun saya sempat gelak kerana dalam serius bermain game, dia boleh marah TV sekiranya dia kalah. Namun, satu perkara mengenainya, dia tidak mahu dikacau ketika bermain game,” kata Nazirah mendedahkan rahsia.\r\n\n\n\rBekas pramugari sebuah syarikat penerbangan tempatan, Nazirah akui senang bersuamikan Nabil yang tidak pernah cerewet dalam soal makan. Apa saja makanan yang terhidang akan dijamah tanpa banyak soal.\r“Nabil memang tidak susah dalam bab makan. Dia suka lauk yang kering seperti ikan, ayam atau telur goreng dan kicap. Itu pun sudah cukup baginya. Ada kalanya saya saja masak makanan Negeri Sembilan atau mi kari yang memang digemarinya.\r“Sejak duduk berdua ini, barulah nampak dirinya yang sebenar. Sebelum ini kami tinggal di rumah keluarga dan semua urusan, Nabil sering meminta ibunya yang buat termasuklah hidangan.\r“Di rumah, Nabil memang rajin berkemas. Ketika kami berpindah, dialah yang mengemas seorang diri dan saya hanya membantu mana yang patut,” cerita wanita peramah ini.\rSudah menjadi asam garam di alam perkahwinan, Nazirah memang mengakui ada kalanya sedikit perselisihan faham timbul juga, membuatkan mereka pernah bermasam muka.\r“Tidak dinafikan memang pernah kami berselisih faham, gaduh-gaduh manja. Biasalah, masing-masing masih mahu mencari keserasian. Namun tidaklah serius kerana kami gaduh sekejap saja.\r“Biasanya Nabil yang cepat mengalah kerana kami sebenarnya memang tidak boleh lama berjauhan, walaupun di rumah sendiri. Saya juga akan cepat kalah jika dia buat lawak, untuk mengambil hati saya,” kata Nazirah yang kini bergelar suri rumah sepenuh masa.\rSebagai isteri kepada artis popular, Nazirah berkata, dia menipu sekiranya tiada perasaan curiga terhadap suaminya, lebih-lebih lagi jika terpaksa mengikuti penggambaran di luar kawasan.\r“Sedikit sebanyak ada rasa curiga kerana dia orang yang dikenali. Dari dulu pun memang saya harus belajar memahami kerjayanya sebagai penghibur. Begitu juga dia harus tahu tanggungjawabnya sebagai suami. Kami tidak boleh bergaduh hanya kerana benda kecil dan masing-masing harus bijak memahami.\r“Saya juga saya jarang ikut dia ke lokasi. Jika dia buat persembahan dalam masa dua jam, saya masih boleh ikut. Tetapi jika dia menjalani penggambaran filem, memang saya tidak akan ikut,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.040162 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list