View: 131|Reply: 0
|
Eropah semarak cinta Yuna, Qi
[Copy link]
|
|
Penyanyi Penakut bawa keluarga, teman istimewa bercuti ke Itali dan PerancisTIADA yang lebih bermakna bagi pasangan yang bercinta selain berpeluang menyusuri keindahan sungai di Venice serta menyaksikan lambang kemegahan Kota Paris iaitu Menara Eiffel, tersergam di depan mata. Pastinya itulah saat paling romantis yang akan terus terpahat dalam ingatan sampai bila-bila.\n\n\n\nApatah lagi jika percutian itu turut ditemani keluarga tersayang. Tentunya saat itu menjadi lebih indah dan sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Justeru, tidak hairanlah jika penyanyi yang baru saja melahirkan album terbaru berjudul Terukir Di Bintang, Yuna, menyifatkan percutiannya ke Eropah penghujung tahun lalu sebagai kenangan paling indah buat dirinya.\n\n\n\n\nHampir dua minggu menghabiskan masa di Itali dan Perancis, Yuna bukan saja berpeluang melihat keindahan lokasi pelancongan yang memang menjadi idamannya sejak dulu, dia juga sempat melakukan penggambaran untuk projek MHbuddy Greets The World Travelogue, untuk siaran di laman sosial penyanyi ini. Ia dihasilkan dengan kerjasama Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).Populariti yang dikecapi Yuna serta aktif di laman sosial Twitter membuatkan syarikat penerbangan itu berminat untuk bekerjasama dengannya, sekali gus mencetuskan idea menerbitkan klip video pelancongan itu.“Memang sejak dulu lagi saya memang mengidamkan untuk bercuti ke benua Eropah bersama keluarga. Namun disebabkan perbelanjaannya mahal, jadi terpaksalah saya pendamkan dulu hasrat itu. Bagaimanapun, saya ada juga cuba mencuba nasib dan tweet ke akaun MHbuddy untuk meminta diskaun tambang. Tak sangka pula mereka memberi maklum balas positif.“Bukan saja teruja kerana mereka sudi menaja kos pengangkutan percutian saya, tetapi juga kos untuk keluarga saya. Memandangkan program MHbuddy ini mempromosikan percutian bersama rakan-rakan, saya turut mengundang Qi untuk bersama-sama dalam rombongan ini,” cerita Yuna kepada Hip.\n\n\nSebagai duta Canon, ternyata Yuna mempunyai kelebihan apabila menggunakan kamera jenama itu untuk merakamkan semua detik manis sepanjang pengembaraannya.“Sempatlah juga saya mengabadikan detik manis sambil memberi maklumat ringkas kepada mereka yang bakal menyaksikan travelogue itu. Mujurlah juga ada Qi dan juga sepupu saya yang menjadi jurukamera untuk program berkonsepkan pelancongan yang bakal diletakkan di laman sosial Facebook dan Twitter MHbuddy itu,” katanya.Jika Yuna teruja apabila berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Eropah, lain pula dengan Qi. Jejaka tinggi lampai ini cukup seronok apabila suasana gembira seperti itu turut dikongsi dengan buah hati dan juga keluarganya. Kesempatan itu juga digunakan sepenuhnya untuk mengenali lebih rapat keluarga teman baiknya itu.Begitupun, ketika diusik pertanyaan apakah perbualan itu menjurus kepada soal peribadi seperti melangsungkan pertunangan, pantas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu menafikannya.“Perbualan kami tidaklah sampai ke situ. Masih jauh lagi perancangan ke arah itu kerana kami mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya masing-masing,” ujar Qi sambil tertawa.Tidak lengkap percutian andai tidak membeli-belah sebagai buah tangan apabila pulang ke tanah air. Cerita Qi, dia juga tidak ketinggalan membelikan Yuna hadiah sebagai tanda kenang-kenangan.“Apa hadiah yang saya belikan, biarlah ia menjadi rahsia. Bukan saja Yuna, saya juga belikan cenderahati buat teman yang lain,” kata Qi.Sementara itu, Ketua Media Sosial & Inovasi, e-dagang MAS, Mohd Hisham Saleh, ketika mengulas mengenai kerjasama itu berkata, selain Yuna, pihaknya juga sedang mencari mana-mana selebriti atau personaliti yang aktif di laman sosial untuk berkolaborasi dengan mereka menjayakan program MHbuddy Greets The World Travelogue itu.Dalam perkembangan berkaitan, Qi berkata, dia dan Yuna bakal bekerjasama dalam menghasilkan lagu yang bakal menjadi lagu latar sebuah telefilem lakonannya.“Saya berlakon dalam sebuah telefilem berjudul Keroncong Untuk Ana arahan Erma Fatima. Untuk telefilem ini, saya Yuna dan AG akan terbabit dalam pembikinan lagu latarnya, iaitu lagu Keroncong Untuk Ana. Lagu ciptaan Datuk M Nasir ini akan disusun semula oleh kami, dengan cita rasa masa kini,” kata Qi.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|