Air mata Damia mengalir lagi untuk kesekian kalinya. HanyaSarah saja tempat dia mengadu. Segalanya diceritakan kepada temannya itu.Kadang kala dia terkenang nasibnya yang kini sudah tiada lagi tempat untukbergantung.
Mata Sarah juga turut berkaca mendengar kisah hidup Damia.Hatinya simpati dengan nasib gadis ini. Di usia muda lagi sudah terpaksamengharungi segala ujian dan dugaan hidup.
“Aku tak tahu kenapa aku diuji sampai begini sekali Sarah..”ujar Damia sambil menangis. Matanya pun sudah bengkak akibat menangis saja darisaat dia dijatuhkan talak oleh suami.
Sarah membelai lembut belakang tubuh Damia. Perlakuannya itudiharapkan agar dapat melegakan sedikit keperitan yang Damia alami.
“Jangan cakap macam tu Mia. Semuanya dah ditentukan olehAllah..Mungkin ada hikmahnya” pujuk Sarah lagi. Sememangnya dia juga akui jikadia berada di situasi seperti Damia, dia juga pasti akan berkata sebegitu.Meratapi segala yang berlaku.
“Sekarang ni kau tidur ye. Tenangkan fikiran..Tabahkan hati.Aku ada sentiasa untuk kau tau” kata Sarah lagi. Dia mahu memberikan ruangkepada Damia untuk berehat dan tenangkan perasaan.
Damia mengangguk lemah dan terus baring di katil. Cuba untukredha dengan apa yang sudah berlaku. Dia yakin dengan perancangan Allah. Semuayang tertulis untuknya ini mungkin adalah yang terbaik untuk dirinya. p/s : Maaf kwn2 sume. Minggu ni sangat busy denganassignment. InsyaAllah akan update nanti. Thanks pada yang sudi baca.
|