View: 3046|Reply: 10
|
Salah satu cara mendidik isteri yang negatif
[Copy link]
|
|
Salam, boleh katakan semua lelaki impikan dapat isteri yang taat, lemah lembut dan penyayang, bila tengok dia sejuk hati. namun tidak semua yang dapat, apatah lagi zaman sekarang, ciri-ciri ini nampaknya semakin terhakis. Mungkin disebabkan banyak faktor dan pengaruh yang kita lihat banyak wanita yang tidak berapa taat, suka melawan cakap suami dan kasar. Bila isteri tidak taat memang akan jadi banyak masalah rumahtangga, seperti pergaduhan, bermasam muka, tidak sependapat, stress dan akhirnya terjadi penceraian. Yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Mereka akan terabai atau terbiar dalam suasana rumahtangga yang tak harmoni. Keharmonian rumah tangga adalah satu perkara yang wajib untuk mencapai kebahagiaan. Jika keharmonian tidak solid, banyak masalah. kesepakatan rumahtangga tidak tercapai, ibarat seperti hajat hati ingin memeluk gunung apakan daya tangan tak sampai. Sebenarnya, masalah isteri ego dengan suami perkara biasa dimana-mana, namun tidak ada sesiapa yang mahu membincangkannya.
Mungkin ada diluar sana yang bernasib seperti ini. Namun jangan risau, mungkin ini jalan penyelesaiannya. Pertama ia berpunca dari sikap suami yang tidak 100% dominan terhadap isterinya(takut bini), mungkin isterinya berpangkat atau bergaji besar, maka ego tu biasanya ada. Atau mungkin ada memiliki sesuatu kelebihan berbanding suami dan macam-macam faktor. Sebagai contoh suami suruh isteri buatkan kopi, jawab isteri 'penatlah..abang buatlah sendiri. Haa, ini walaupun kecil tapi ada ciri-ciri tidak taat dan hormat dengan suami.
Caranya, selepas diijabkabulkan dan telah sah suami isteri, bawalah isteri masuk bilik dan suruh isteri duduk, suami berdiri dan memegang ubun-ubun isteri lalu membaca doa. Doa tersebut ada diajarkan oleh nabi SAW. Bagi yang telah lama berumahtangga juga boleh melakukannya, tidak terhad kepada yang baru kahwin sahaja. Boleh dibuat seberapa kerap pun, tak ada larangan.
Setelah selang masa berlalu, ada ketika suami juga perlu bacakan apa-apa ayat doa yang sesuai untuk isteri, boleh juga dibacakan dengan suruh isteri berbaring dan suami pegang ubun-ubun isteri dan bacakanlah ayat2 seperti manzil, doa pelindung, doa selamat dan sebagainya. Memegang ubun-ubun isteri sebenarnya ada hikmah yang tersendiri. Apabila isteri merelakannya insyaallah masalah selesai. Doa tu carilah sendiri dalam buku-buku doa-doa Rasulullah saw, kalau sesiapa tahu mungkin boleh post disini. Boleh jadi juga bila suami lama sangat baca doa tu sampai isteri jadi tertidur dengan lena sekali macam tidur pengsan, ni kira yang terbaik. selamat mencuba.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk mengelirukan.....
ingatkan cara mendidik yg negatif tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Nasihat awak bagus...tapi berdoa saja tak akan menyelesaikan masalah...kalau lah segala masalah boleh diselesaikan dengan doa pasti dunia ini sudah aman...perkara paling penting ialah doa, usaha, dan mencari punca masalah....cari punca kenapa isteri itu negatif...adakah perangai suami atau lain2....berdoa saja tanpa usaha adalah sikap orang yang malas...cari punca, berusaha dan berdoa...jangan marah yer...peace |
|
|
|
|
|
|
|
nanacinta posted on 10-2-2014 11:31 AM
Nasihat awak bagus...tapi berdoa saja tak akan menyelesaikan masalah...kalau lah segala masalah bole ...
Skop yang perlu kita berdoa apabila sesuatu itu diluar kemampuan kita, setelah berusaha kita berdoa. Memang tuhan jadikan hampir semua perkara boleh kita usahakan, ini dibawah skop usaha, maka kita disuruh berusaha bersungguh-sungguh, dihujungnya kita akan temui sesuatu diluar kemampuan manusia, disini kita berdoa, tuhan yang akan menyempurnakannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
zamkumis posted on 10-2-2014 12:02 PM
Skop yang perlu kita berdoa apabila sesuatu itu diluar kemampuan kita, setelah berusaha kita berdo ...
oh macam tu...thanks yer pada explanation awak...saya takut kita hanya berdoa tanpa usaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
ait.. bca tajuk td cm mendidik isteri yang negatif..
ker aku yg xpaham.. |
|
|
|
|
|
|
|
nanacinta posted on 10-2-2014 12:12 PM
oh macam tu...thanks yer pada explanation awak...saya takut kita hanya berdoa tanpa usaha...
Berdoa tanpa usaha pun boleh... tidak ada salahnya, tetapi dalam skop luar kemampuan kita, sebagai contoh jerebu. Siapa yang boleh hilangkan jerebu? apa yang boleh kita buat berdoa sahaja.
Sebenarnya tuhan memberikan kita ikhtiar, ikhtiar inilah yang perlu kita gunakan bersungguh-sungguh seperti mencari rezeki, mencari jodoh, mencari kebahagian, kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya. Namun kita hanya berusaha menggunakan ikhtiar, penentuannya adakah kita dapat atau tidak itu bukan urusan kita. Itu diluar keupayaan kita. Tidak mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh juga satu kesilapan. Ikhtiar yang kita ada itu yang dipersoalkan, sudah ada tapi kenapa tidak mahu digunakan. Jawabnya malas. Kalau dah usaha biasanya dapat, kalau tak dapat juga boleh disempurnakan dengan doa. Allah swt maha kuasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua2 kena main peranan... sorang jer ada usaha... sorang lagik tidak ... xkemana2 jua...
konflik akan berlaku bila satu pihak merasa hanya dia yg men peranan... perkahwinan adalah usaha kedua2 pihak kan... ofkos somi kena men peranan yg lebih besar... kalau yg dipimpin menguasai pemimpin ... porak peranda lar ... tp realiti nyer itu yg bnyak berlaku... masing2 dah tukar peranan... somi jadi isteri... isteri pulak bertindak sebagai somi... maka hilanglah rasa hormat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm baca buku ilmiah nak masuk exam pulak membaca thread ni.... maaf la TT, aku nk santai2 aje..... bagus la thread ni utl yg rajin membaca & menelaah......
Selamat berforum dgn berhemah..... |
|
|
|
|
|
|
|
- Caranya, selepas diijabkabulkan dan telah sah suami isteri, bawalah isteri masuk bilik dan suruh isteri duduk, suami berdiri dan memegang ubun-ubun isteri lalu membaca doa.
Copy the Code
nanti org kata x menyabar pulak.... canner??? |
|
|
|
|
|
|
|
Konsep kehidupan dalam Islam
carly_lah posted on 11-2-2014 12:44 PM
nanti org kata x menyabar pulak.... canner???
Selepas ijab kabul tukan panjang masanya, samada dihari yang sama atau keesokannya..atau bila-bila masa.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|