CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: intriQue

Peringatan utk wanita

[Copy link]
Post time 19-6-2014 02:25 PM | Show all posts
Lagi satu peringatan untuk perempuan...

*copy paste jugak*

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa?, ana rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuktidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.


Wassalam.
Last edited by purpler on 19-6-2014 02:29 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2014 02:38 PM | Show all posts
peringatan untuk semua lelaki dan perempuan:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, “Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? ” Baginda berkata, “Peperangan melawan hawa nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 02:54 PM | Show all posts
perkara terpenting ialah melawan hawa nafsu dan menjaga pandangan...kita kena ingat, malaysia memiliki ramai non muslim tinggal disini...jadi ape reaksi lelaki kalau melihat non muslim pakai seksi??? merogol??? cuba baca sejarah bagaimana pendakwah2 islam berdakwah di maldives dan afrika...perempuan disana memakai separuh bogel...bagaimana mereka melawan nafsu??? cuba ceritakan...banyak kan baca buku2 ilmiah k...buku ibnu battutah pun elok untuk dikaji...so jihad terbesar ialah melawan nafsu...perempuan islam sudah menutup aurat tapi bagaimane dgn non muslim??? fikir dalam2 k...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tingat plak..ade kwan adik asal singapore tapi skolah agame kat sini..
tanye die kenape tak skolah kat sane je kan senang..tapi katenye banyak dugaan..kuar umah je nampak ramai menyeksi..risau susah nak hafal..die prempuan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 08:42 AM | Show all posts
Sebab tu orang pempuan elok dok dalam rumah jaga anak & makan pakai laki jerr ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2014 08:45 AM | Show all posts
Loxlaxman posted on 20-6-2014 08:42 AM
Sebab tu orang pempuan elok dok dalam rumah jaga anak & makan pakai laki jerr ....

Kalau suami mampu, apa salahnya, kan? Dan di samping mampu, tak kedekut dgn isteri dan anak2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2014 08:49 AM | Show all posts
intriQue posted on 20-6-2014 08:45 AM
Kalau suami mampu, apa salahnya, kan? Dan di samping mampu, tak kedekut dgn isteri dan anak2.

Err...bila berkata-kata tentang mampu...selalunya definisi "mampu" pada wanita boleh menyebabkan spesis lelaki cepat mampus adanya ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2014 08:53 AM | Show all posts
Loxlaxman posted on 20-6-2014 08:49 AM
Err...bila berkata-kata tentang mampu...selalunya definisi "mampu" pada wanita boleh menyebabkan s ...

Hahaha.....

takdelah lox.....asal ada rumah tempat berteduh n kereta utk senang bergerak n duit belanja dapur yg mencukupi tanpa perlu ikat perut.....dah memadailah tu

tapi kalau laki nak bagi duit shopping tiap2 bulan, kira bonuslah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2014 09:00 AM | Show all posts
intriQue posted on 20-6-2014 08:53 AM
Hahaha.....

takdelah lox.....asal ada rumah tempat berteduh n kereta utk senang bergerak ...

Ish tak mungkin....tak mungkin ...apekah aku bermimpi ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2014 09:04 AM | Show all posts
Loxlaxman posted on 20-6-2014 09:00 AM
Ish tak mungkin....tak mungkin ...apekah aku bermimpi ...

Apa yg tak mungkin tu lox? Part bagi duit shopping tu ke?


Last edited by intriQue on 20-6-2014 12:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 03:16 PM | Show all posts
nanacinta posted on 19-6-2014 01:36 PM
zaman dulu perempuan berkemban dan pakai kebaya ketat...tapi lelaki masih menghormati dan tak mero ...

zaman dulu pun ada je kes rogol cuma news tak spread macam zaman sekarang ni..

sekarang ni sekejap je berita dah sampai kat handphone through fb, wassap etc.

zaman dulu orang cuma tengok berita tv and baca sukabor je
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 03:41 PM | Show all posts
Perempuan umpama stokin busuk, lagi lama dicium lagi berdengung ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 03:59 PM | Show all posts
kenapa tak nak wajibkan je perempuan2 kt malaysia ni pakai burqa mcm kt afghanistan tu? benda2 mcm ni nak blame perempuan, yg lelaki kt malaysia ni tak reti2 nk jadi gentleman ke? bbbboooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 04:03 PM | Show all posts
ini..macam list untuk budak je
entah aku rase biase
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 02:45 PM | Show all posts

Peringatan utk kaum lelaki.....sebelum nak salahkan kaum wanita  





Last edited by garnet on 17-7-2014 05:52 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 01:20 PM | Show all posts
kalo bab ni, takkan la sumenye salah pompuan kan??? lelaki ade akal, kalo yg muslim tu ade iman... nafsu bukan tak bole control...sedapnye kejap je... yg kena rogol tu trauma sepanjang hayat....

mcm artikel tu, bab bibir n senyuman..... agak payah utk control senyuman manis tawar ke ape...

sbb mcm sy, mane2 lelaki akan attracted to my lips....even bercakap, senyum, makan atau ketawa...tak tau kenapa...gigi sy tak teratur tapi ade gigi taring berlapis tu.. and ade lesung pipit.... it is not easy utk control senyuman...when it comes to work and customer facing, I need to smile n berckp dgn intonasi yg sedap utk di dengar....nak2 kalo layan org tua....kdg2 siap anta ke kereta...to me that's  show how I was raised, to respect people....bukan bertujuan utk memikat atau ape2 pon....tapi kalo bende mcm ni pon bole buat lelaki tak bole control nafsu, susah la....

*ade yg kate suara sy "menggetar" iman diorg kalo berckp dlm phone... I'm just being honest and nice to people....

tapi dgn budak2 opis,...mmg ckp kasar, gelak mcm nk gila..bab jelling tu mmg la kalo bergaduh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2014 07:58 PM | Show all posts
Perogol, seperti pembunuh, bukan satu jenis saja.
1.Ada perogol sebab memang dia ada masalah jiwa.
Tak kira perempuan muda, tua, anak orang, budak sekolah rendah, lelaki, lembu, kambing, american pie, batang paip, lubang kat dinding, semua boleh jadi mangsa dia.

2.Ada yg perlu trigger.
Ada ciri-ciri pada wanita tersebut, yg menaikkan keramahan dia, tu yg dia target wanita dengan ciri tertentu saja. Goyang-goyangan, buka-bukaan, bonjol-bonjolan.  

3.Ada yg hanya merogol, sebab ada peluang.
Jalan-jalan di satu jalan. Sunyi. Tiba-tiba ada awek lalu. Otak merogol, activated. Tadi kat pekan, tak nak rogol pasal ramai orang, so otak merogol disactivated. Nak mamp?  Sekarang ada can ma...

....dan banyak lagi jenis perogol pro atau amatur.

Jenis 2,3 tu ada jalan nak elak. Tak payah nak diajar macam mana.

Situasi: Katalah satu tempat rangsangan rogol kurang. Bertutup-tutupan, takda goda-godaan. Secara tak langsung itu mesej utk hormat wanita.  "kami pun tak tunjuk kat sesiapa, kau pulak nak tengok?" lebih kurang. Ada tak kes rogol? A.d.a. Tapi percayalah, itu memang perogol yg pala otak purely perogol. Tutuplah macam mana pun, otak merogol dia tetap di situ.  
Tapi kalau tempat buka-bukaan, perogol di tempat ni, terlampau diverse. Tak caya baca berita...lagi baik bukak rekod kes rogol. Bukan jenis pendiam otak blue. Bilik penuh gambar lucah. Tapi everyday people. Cuma waktu tu, otak merogol dia exploded.

Habis tu, jenis perogol mana yg kena elak ni? Apa punya soalan. Semua pun tak mau, la wei.  

Habis tu, salah perogol ke? Memang salah dia. Tak de siapa kata tidak. Tapi kalau dah kena rogol, berdebat dengan perogol, dia cakap "saya rogol sebab akak pakai seksi, saya tak tahan" kita balas "eh perogol, saya nak pakai macam mana pun saya punya suka lerrr, awak tu salah dan lemah sebab rogol orang"...ye, point bagus...... last-last perogol tu kalah. Tapi buat hapa? Benda dah jadi, kita dah jadi mangsa...
Jadi pointnya di sini, selagi kita boleh elak, kita elak. Memang takder jaminan 100%. Tapi lepas tu saja, kita boleh kata kita dah usaha.

Nak kurang kan statistik merogol, perlu usaha dua-dua jantina. Jangan nak live in denial memanjang. Yang lelaki kena kurang layan rangsangan, baik usha awek, layan porno, apa semua tu. Jangan isi masa lapang pegi tempat pompuan seksi. Isi masa lapang capai matlamat hidup lagi bagus. Memang lah kau bukan perogol sebenarnya, dan tak semestinya kau jadi perogol. Ramai kaki blue, penonton awek seksi, jadi okay je. Tapi gitu la evolusi otak perogol....bukan beranak kat dunia ni, terus equipped mode merogol. Cek Ted Bundy punya kes...porno adalah antara puncanya.   

Yang perempuan, sedarilah kuasa anda ke atas lelaki. Tak sebanding tarikan lelaki ke atas wanita. Jarang dengar perempuan rogol lelaki, pasal lelaki tu macho. Perempuan rogol budak lelaki tadika, pasal tak tahan tengok abang hensem tadi. Kalu jadi, org akan tanya siapa dan di mana. Pasal terlampau luarbiasa.
Elakkan dari banding dengan negara tertentu, pasal lain sangat. Diorang takder gigih nak merogol, sebab jalan melepas sperma ada banyak cara. Sini dah la tak boleh berzina, godaan merata-rata pulak tu. Macam mana la palaotak jantan tak ter evolusi ke bentuk2 tertentu. Banyak lelaki boleh tahan. Tapi ada yg tak boleh. Pasal tu ramai lagi tak merogol orang, dari yg buat. Yg tak ramai tu janganlah diramaikan.

Aku terbau ketidak puasan hati. Ikut lah. Aku malas nak berkelahi. Tengah berforum je pun..bukan boleh ubah dasar je. Yg penting, tak banyak sikit kita pertimbangkan lah apa yg patut.

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 09:11 AM | Show all posts
Nafsu tidak dapat dikawal salah siapa? Lelaki ke Perempuan?

Masalah pada masa ini, adalah umatlelaki yang tidak dapat nak kawal nafsu dan menggunakan agama sebagai bentenguntuk mempertahankan perlakuan diri sendiri yang tidak senonoh. Perihalsebegini kita dapat lihat dengan jelas dikalangan muslimin. Untuk mengambarkanisu ini dengan jelas marilah kita melihat balik kes “GangguanSexual terhadap Nurul Izzah” dimana pemanggil lelaki bernama Azrul memberi komenpasal permakaian tudung Nurul Izzah; pendedahan buah dada dan baju dalam Nurul Izzahsemasa tudung beliau terselak.

Nampak sangat dalam komen Azrul ini telahmenggambarkan dirinya yang tidak dapat mengawal nafsu dengan baik dan menggunakanistilah “menasihati” sebagai sugar coating untuk komennya sendiri. Ini lah hyprocritemuslimin yang suka menggunakan istilah “nasihat” sebagai alat untuk mengawal danmemperkecilkan orang lain, disebalik perlakuan diri sendiri tidak difikirkan.
Azrul ni kalau dah tahu diri  sendiri ni tidak dapat nak kawal nafsu denganbaik janganlah pandang ke bahagian-bahagian perempuan yang tidak sepatutnya, kalautersilap pandang pun jangan lah ungkitkan gambaran tersebut di dalam otak mu, kalaudah tahu iman diri sendiri yang tidak kuat, tak perlu lah menasihati orang lain,disebaliknya  nasihatlah diri sendiriuntuk mengawal arah mata, hati dan nafsu mu.
Mata itu berzina, hati juga berzina.

Zina mata adalah dengan melihat (yang diharamkan), zina hati adalah denganmembayangkan (pemicu syahwat yang terlarang). Sementara kemaluan membenarkanatau mendustakan semua itu.” (HR. Ahmad no. 8356. Dinilai shahih oleh Syaikh Syu’aib Al-Arnauth.)
Dalam hadits ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan zina mata pertama kali, karenainilah dasar dari zina tangan, kaki, hati, dan kemaluan. Kemaluan akan tampilsebagai pembukti dari semua zina itu jika akhirnya benar-benar berzina, ataumendustakannya jika tidak berzina. Oleh karena itu, marilah kita menundukkanpandangan kita. Karena jika mengumbarnya, berarti kita telah membuka berbagaipintu kerusakan yang besar.


Lelaki juga mempunyai tanggungjawab dalamperlakuan mereka dan tidak sepatutnya menyalahkan perempuan. Apa yang nakdipakai oleh perempuan adalah hak mereka dan patut dihormati, kalau pakaianmereka tu memang tidak berpatutan jangan lah pandang, jauhkan diri daripadanya,lama-lama nanti perempuan akan sedar perlakuannya.

Yang penting jangan dikawal nafsusyaitan, kita mempunyai kuasa yang diberi Allah untuk mengawal mata, hati dan nafsukita. Sekian Terima Kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 09:30 PM | Show all posts
bukan semua lelaki macam tu la
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 1.195883 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list