Sharp Hadir Dengan Panel Bersaiz 5.5-inci Dengan Resolusi 4K – Kepadatan Pixel Sehingga 806PPI
Pada peranti mudah-alih, ketika pengenalan resolusi 2K sendiri sebelum ini, ramai mengatakan perbezaan untuk paparan tidak akan kelihatan melalui penggunaan mata kasar. Namun, perkembangan teknologi tidak menghentikan perkembangan resolusi pada peranti pintar, dan terkini pihak Sharp hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci yang menyokong paparan 4K.
Panel berkenaan daripada Sharp dijangka akan melalui pengeluaran pada tahun 2016 kelak, sekaligus memperlihatkan peranti yang menggunakan resolusi sebesar 4K akan hadir pada tahun hadapan.
Dengan skrin 4K pada peranti mudah-alih, salah satu perkara yang akan menjadi fokus ramai adalah sokongan bateri untuknya dan bagaimanakah ia akan memberi kesan terhadap penggunaan skrin tersebut.
Tetapi, pada masa yang sama, terdapat juga kemungkinan skrin ini digunakan pada peranti berbentuk VR dalam memberikan pengalaman realiti-maya yang lebih menarik.
Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai penggunaan skrin 4K pada peranti mudah-alih atau peranti bersaiz kecil. [size=0.8em]SUMBER RUJUKAN: GIZMODO
kredit:www.amanz.my
|