CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2783|Reply: 12

Huawei P8 Dan Huawei P8 Max Dijadualkan Ke Malaysia Pada Jun 2015

[Copy link]
Post time 17-4-2015 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Huawei semalam telah berkongsi mengatakan pasaran Malaysia akan menjadi antara yang terawal untuk menerima peranti Huawei P8 dan juga peranti bersaiz besar mereka, Huawei P8 Max. Berkongsi lanjut mengenainya untuk pasaran tempatan, kedua-dua peranti berkenaan dijangka hadir sekitar awal Jun 2015 ini.
Huawei P8 merupakan telefon bersaiz 5.2-inci daripada Huawei, hadir dengan rekaan unibody, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan OIS, dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Huawei mengatakan peranti ini hadir dengan sokongan bateri bertahan sehingga lebih sehari untuk penggunaan normal, dan sehari untuk penggunaan berat.
Bagi Huawei P8 Max pula, ia membawakan skrin bersaiz 6.8-inci, dan membawakan bateri bersaiz lebih besar yang mampu bertahan sehingga dua hari. Disamping itu, Huawei turut menyertakan beberapa pembaharuan khusus dari segi perisian untuk Huawei P8 Max ini.
Pihak Huawei Malaysia masih tidak berkongsi sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan harga yang akan ditawarkan untuk kedua-dua peranti berkenaan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2015 11:08 PM | Show all posts
model ni support 4G x? yg P8 gold tu berapa yer? ada x yg blh bayar ansuran?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 07:05 PM | Show all posts
alumalu replied at 16-9-2015 11:08 PM
model ni support 4G x? yg P8 gold tu berapa yer? ada x yg blh bayar ansuran?

model baru ni. mesti le support 4g. android pon baru. 5.0 lollipop.
yg ni celcom ada buat bayar ansuran. ambik plan. bayar rm438. dh dpt bawak balik umah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2015 02:21 AM | Show all posts
pineapplepie replied at 18-9-2015 07:05 PM
model baru ni. mesti le support 4g. android pon baru. 5.0 lollipop.
yg ni celcom ada buat bayar a ...

biar betul huawei p8 rege rm 438 je?
aku tgk kat kedai mau seribu lebih.. mahal jugak.. sbb spec dia tnggi
kalau tak silap aku rege dia around rm1600++
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 12:38 PM | Show all posts
lululu2014 replied at 19-9-2015 02:21 AM
biar betul huawei p8 rege rm 438 je?
aku tgk kat kedai mau seribu lebih.. mahal jugak.. sbb spec  ...

yep btul. kau ambik pelan celcom first elite.
kau dapt la harga p8 ni semurah rm438.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 05:04 PM | Show all posts
pineapplepie replied at 21-9-2015 12:38 PM
yep btul. kau ambik pelan celcom first elite.
kau dapt la harga p8 ni semurah rm438.

serius wei? mcm mana pelan tu? mcm mana boleh dpt murah gila. hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2015 07:33 PM | Show all posts
lululu2014 replied at 21-9-2015 05:04 PM
serius wei? mcm mana pelan tu? mcm mana boleh dpt murah gila. hehe

kau try cek kat website celcom ni. aku rasa first elite smartphone berbaloi jugak kalau ambik
https://www.celcom.com.my/personal/devices/android/overview/huawei-ascend-p8
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 10:48 AM | Show all posts
ada ke org amik huawei ni? mcm tak faymes je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 05:59 PM | Show all posts
kelaut23 replied at 22-9-2015 10:48 AM
ada ke org amik huawei ni? mcm tak faymes je..

tak faymes tp power. org tak penting bnda2 tu. haha. yg penting huawei p8 ni spec power bos. ram3gb kot.
kamera 16mp. android lollipop.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 06:01 PM | Show all posts
pineapplepie replied at 21-9-2015 07:33 PM
kau try cek kat website celcom ni. aku rasa first elite smartphone berbaloi jugak kalau ambik
htt ...

first elite dpt unlimited call ngan sms. mana tak berbaloi. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 07:19 PM | Show all posts
android88 replied at 22-9-2015 05:59 PM
tak faymes tp power. org tak penting bnda2 tu. haha. yg penting huawei p8 ni spec power bos. ram3g ...

itu yg aku minat ngan huawei p8 ni. tak faymes tp mantop.
kira mcm hipster la. haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 07:20 PM | Show all posts
android88 replied at 22-9-2015 06:01 PM
first elite dpt unlimited call ngan sms. mana tak berbaloi. huhu

biar btul dpt unlimited call ngan sms? mmg ada dlm pelan eh? ke kena tambah bayar?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:04 PM | Show all posts
lululu2014 replied at 22-9-2015 07:20 PM
biar btul dpt unlimited call ngan sms? mmg ada dlm pelan eh? ke kena tambah bayar?

tak kena bayar. free je. sbb ada dlm pelan. dia panggil optimiser.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.177356 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list